MATCH Review -( Wigan 1- 1 Liverpool )




Salam dan selamat sejahtera. Perlawanan di The DW Stadium benar penuh dengan debaran, dengan jaringan awal oleh Fernando Torres pada minit ke 7 hasil hantaran daripada S. Gerrar. Secara keseluruhan perlawanan tampak seimbang untuk kedua-dua pasukan. Cuma pada hari ini jika dilihat dengan teliti barisan pertahanan bermain dengan agak kurang konsisten dimana banyak kesilapan mudah yang telah dilakukan oleh pertahanan Liverpool. Hal ini juga yang menyebabkan peluang Liverpool untuk naik ke tangga Liga berjaya disekat oleh jaringan H. Rodallega pada minit ke 52.

Dengan keputusan seri ini meletakkan Liverpool kekal di tangga 9 liga perdana dengan mengumpul 16 mata dari 12 perlawanan. Namun begitu keputusan ini tampak tidak menghalang perluang Liverpool untuk terus mencapai matlamat di tempat Big Four dalam liga. Dan jika dilihat keseluruhan tangga Liga perdana perluang makin terbuka dimana kebanyakkan pasukan hanya berkongsi mata yang sama dan yang membezakan kedudukan dalam Liga hanya jumlah jaringan.

Pada pendapat saya pada keseluruhan perlawanan tampak Liverpool bermain dengan baik, tenyata nasib tidak menyebelahi Kita apabila banyak perluang rembatan ke arah gol tidak menghasikan gol. Diharapkan pada perlawanan akan datang dalam perlawanan minggu ke 13 apabila menentang Stoke City, Liverpool berjaya untuk menang dan mengutip mata berharga untuk naik lebih tinggi dalam tangga Liga perdana. Dan yang paling penting selaku penyokong setia Liverpool kita harus percaya dan yakin dengan pasukan. sekian YNWA.


Maklumat perlawanan:

Liverpool: Reina, Kelly, Carragher, Skrtel, Konchelsky, Lucas, Gerrard, Meireles(Shelvey), Kuyt (Poulsen), Maxi, Torres (Eccleton)

Venue: The DW Stadium (Wigan)
Attendance :16754





comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger