Gerrard: "saya bertanggungjawab atas keputusan seri di DW Stadium"



Steven Gerrard merasa dia patut disalahkan atas keputusan seri semasa perlawanan menentang Wigan.dan sekaligus gagal mengunakan perluang untuk mengejar tangga dalam Liga perdana dan mengutip 3 mata penuh.

Hal ini adalah kerana, beliau tidak berjaya menyempurnakan peluang hasil dari gerakan dari Paul Konchesky dan juga pada minit akhir perlawanan dia juga gagal menghasilkan gol apabila rembatannya melepasi gawang wigan.

Namun begitu Gerrard juga merasa kini Liverpool semakin menunjukkan peningkatan dari aspek keseluruhan pasukan, dimana seluruh pasukan tampak lebih serasi bermain dalam satu pasukan, ini inilah yang terbaik pada kami untuk setakat ini.

Tambah gerrard lagi.....

“Mungkin salah satu sebab keputusan ini adalah kerana kami keletihan dan selepas aksi menentang Chelsea”

“Dalam perlawanan besar apabila menentang pasukan yang bermain dengan baik seperti Chelsea, banyak tenaga dan mental digunakan dan saya rasa inilah salah satu sebab mengapa kami tidak bermain dengan baik semasa menentang Wigan”

Namun kapten Liverpool ini tetap optimis dan yakin bahawa pada perlawanan menantang Stoke city, seluruh pasukan akan bermain dengan terbaik dan all out untuk mendapat mata penuh dalam perlawanan di Britannia Stadium pada sabtu ini.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger