MATCH Preview BPL (Wigan vs Liverpool)


Live at (817 astro ) 3.45 pagi

Merupakan untuk minggu ke 12, Pada awal pagi esok sekali lagi Liverpoola akan turun beraksi dalam perlawanan dalam Liga perdana untuk bertandang ke The DW Stadium dimana, Liverpool akan beraksi menentang wigan. Pada perlawanan sebelum ini, seperti yang semua tahu dimana The Reds telah berjaya membuat kebangkitan yang terbaik dalam musim ini apabila berjaya mengalahkan pendahulu liga iaitu Chelsea. Namun pada perlawanan menentang Wigan ini, dinasihatkan bahawa semua seluruh pasukan perlu melupakan kegembiraan iniuntuk sementara. Hal ini adalah disebabkan kerana jika melihat pada kedudukan Liverpool dalam tangga Liga, pada zahirnya kita belum cukup selamat dan benar berada dikedudukan yang teguh.

Mengikut rekod sebelum ini Head 2 Head, pada kali terakhir Livepool bermain di The DW Stadium, Liverpool tewas dengan jaringan 0-1. Dan dalam lima perlawanan terakhir kedua pasukan Liverpool sememangnya mempunyai kelebihan dengan( 2 menang, 2 seri dan 1) kalah. Tapi harus diingatkan bahawa dalam 2 kemenangan tersebut Liverpool hanya menang dengan jaringan 1 gol sahaja. Ini membuktikan bahawa Wigan Athletic a.k.a Latics sememangnya bukan pasukan yang mudah dikalahkan.

Diharapkan semangat pasukan semasa menewaskan Chelsea akan meresap dalam diri pemain dan sekaligus membolehkan Liverpool menang pada perlawanan ini. Dan jika menang pada perlawanan malam ini, dijangka Liverpool akan naik tingkat tangga liga sekurang-kurangnya ke tangga ke 7.

Pada perlawanan ini juga menyaksikan sekali lagi squad kendalian Roy Hodgson ini, akan turun tanpa pemain seperti J. Cole, G. Johnson dan Kyrgiakos yang masih bergelut untuk kembali cergas.

Menurut Roy Hodgson juga yang dipetik daripada Goal.com yang mengatakan….

“dua perlawanan yang akan datang adalah pertunjukkan sebenar kebangkitan Liverpool dan akan menentukan arah tuju Liverpool dalam musim ini”




Barisan jangkaan Liverpool:
Reina, Kelly, Carragher, Skrtel, Konchelsky, Lucas, Gerrard, Meireles , Kuyt, Maxi, Torres


comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger