Leiva siapakah pemain ini?




Kebelakangan ini banyak dilihat kebayakkan penyokong Liverpool mula memuji dan melihat kadar tahap prestasi yang ditampilkan oleh Liverpool semakin hari semakin meningkat. Pada entri kali ini diharapkan dapat menceritakan serba sedikit mengenai perjalanan penglibatan pemain kelahiran Dourados, Brazil di Liverpool.

Berita ini dipetik daripada espnstar.com, iaitu menyatakan bahawa kini Midfielder Liverpool ini semakin hari semakin gembira serta berharap agar tahap prestasi dan corak pemainannya di Liverpool akan bertambah baik dari hari ke hari di Liverpool.

Dalam laporan itu juga menurut Lucas....

“Dalam hari ke hari saya dapati prestasi pemainan saya semakin meningkat dan semakin baik, dan perkara ini amat mengembirakan saya”

“Dalam beberapa perlawanan terakhir di Liverpool saya sangat senang dengan carok permainan saya, semakin hari saya semakin tua dan saya pikir selari dengan pertambahan umur saya prestasi saya juga meningkat”

“Sekakat ini apabila dalam perlawanan saya lebih menumpukan pada posisi Defensive Midfielder dan jika mempunyai peluang dan ruang sekali sekala saya akan naik untuk membantu membuat gerakkan dalam serangan “

Disni juga serba sedikit maklumat mengenai pemain yang bernama Lucas :
Nama penuh ; Lucas Pezzini Leiva
Umur; 23 tahun dan dilahirkan pada 9 January 1987
Posisi: Central Midfielder, Defensive Midfielder

Penglibatan di Liverpool:
Secara rasmi menyertai Liverpool pada 26 July 2007, membuat debut pertamanya di Liverpool semasa menggantikan Mohamed Sissoko semasa perlawanan menentang Portsmouth. Gol pertama yang dijaringkan oleh Lucas adalah semasa perlawanan piala FA apabila menentang Havant and Waterlooville pada tarikh 27 January 2008 iaitu setahun selepas dia menyertai The Reds.

Jika dilihat kembali pada kemenangan 4-1 Liverpool atas Manchester United di Old Trafford secara tidak disedari pada perlawanan itu Lucas merupakan salah seoarang “key player” apabila menggalas sebagai pemain utama yang menggantikan tempat Xabi Alonso cedera pada masa tersebut. Dia juga merupakan watak penting dalam perlawanan menentang Chelsea dalam perlawanan liga juara-juara 14 April 2009 dimana mengantikan Steven Gerrard yang tidak bermain pada perlawanan tersebut. Walaupun pada perlawanan tersebut Liverpool seri dengan The Blues. Namun jika anda semua lihat perlawanan tersebut ianya merupakan perlawanan yang amat dramatik dan penuh dengan aksi menarik.

pilihan dari You tube…



comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger