MATCH Review Europa: (Liverpool 3 - 1 Napoli)


Dia sememangnya memukau dan dan tunjang Liverpool. Apa yang lagi yang boleh saya katakan. Perlawanan menentang Napoli di Anfiled berakhir dengan berkesudahan 3-1 .Hatrik daripada kapten kesayangan kita Steven Gerrard memang menakjubkan.

Walaupun pada separuh masa pertama Liverpool tampak bermain dengan tidak tersusun dan kurang serangan dilancarkan yang dikemudi oleh Ngog. Dan pada minit ke 28' E. Lavezzi telah menghukum kesilapan barisan pertahanan. Apabila pemain Liverpool iaitu J. Spearingmenanduk ke belakang sekaligus memberi peluang untuk Lavezzi menjaringkan gol. Selepas itu permainan tampak menyebelahi Napoli yang bertubi-tubi menyerang kubu pertahanan Liverpool.

Pada separuh masa kedua, pertukaran yang dilakukan oleh Roy Hodgson yang membawa masuk Gerrard telah mengubah corak permainan Liverpool kepada corak permainan secara menyerang. Jika dilihat semasa separuh masa kedua tampak Liverpool lebih yakin dalam membuat serangan secara teratur dan tersusun. Dengan keadaan kita tertinggal dengan 0-1, akhirnya Liverpool menyamakan kedudukan pada minit 76 hasil daripada kerja keras gerrard yang menyambar tangkapan tidak kemas daripada penjaga gol Napoli. Gol kedua dihasilkan pada minit 88 hasil daripada penalti yang diberikan pengadil perlawanan apabila Johnson yang dijatuhkan dalam petak penalti. Tanpa sebarang masalah Gerrard kembali meletakkan Liverpool di depan.

Seolah-olah hilang punca dan hilang tumpuan, Napoli sekali lagi dihukum apabila kesilapan yang dilakukan oleh pemain mereka yang memberikan ruang kepada Lucas untuk melorongkan bola kepada gerrard untuk menjaringkan Hatrik dan menjadi hero dan penyelamat kepada pasukan.
Pada pendapat saya (penulis), kemenangan ini sememangnya yang terbaik dan tepat pada masanya kerana selepas ini Liverpool akan menentang Chelsea yang seperti kita tahu pasukan kendalian Carlo Ancelotti sememangnya sukar untuk ditentang.

Tapi bukan bermakna pasukan ini tidak boleh dikalahkan. Dengan kemenangan ini juga akan memberi satu semangat dan tonik berguna kepada barisan permain untuk kembali bermain dengan penuh semangat untuk menewaskan Chelsea di Anfield pada hari minggu ini. Kemenangan ini juga megukuhkan kedudukan Liverpool sebagai perdahulu dalam kumpulan K dengan 8 mata dan diikuti dengan Steaua Bucharest serta Napoli dan Utrecht di tempat ketiga dan keempat.


Gerrard sememangnya ikon Liverpool

Akhir kata dari saya sememangnya Steven Gerrard tunjang pasukan dan sememangnya apabila dia bermain untuk Liverpool di bermain dengan sepenuh hati dan apa yang beliau lakukan pada hari ini benar-benar menakjubkan. YNWA.

Maklumat perlawanan

Liverpool: Reina, Johnson, Carragher, Kyrgiakos, Konchesky, Poulsen(-64), Spearing, Shelvey, Meireles, Jovanovi(-46), Ngog (-82).
Subs: Hansen, Gerrard (+46), Lucas (+82), Wilson, Kelly, Skrtel, Eccleston (+64).

Napoli: De Sanctis, Campagnaro, Cannavaro, Aronica, Maggio, Pazienza, Gargano, Dossena,
Hamsik(-84),, Lavezzi, Cavani.
Subs: Gianello, Grava, Dumitru, Santacroce, Zuniga, Yebda (+84), Sosa.

Referee: Fredy Fautrel (France)
Kehadiran: 33,895

Possession 52%(Liverpool) : 48% (Napoli)
Attempts on target 7 (Liverpool) : 3 (Napoli)
Attempts off target 8 (Liverpool) : 4 (Napoli)
Corners 2 (Liverpool) : 5 (Napoli)
Fouls 9 (Liverpool) : 11 (Napoli)

Liverpool Highlights(klik sini)

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger