Hodgson: Saya minta maaf, Benitez


Liverpool pengurus Roy Hodgson telah membuat permintaan maaf kepada public kepada bekas pengurus Liverpool Rafa Benitez dan sedang mencuba untuk membuat langkah perdamaian dengan pengurus Sepanyol itu.

Sebelum ini Benitez telah membalas kritikan yang dilemparkan kepada nya, dan berkata bahawa
Hodgson "Dia berbicara tentang hal yang dia tidak tahu”

Tambah Hodgson lagi...

"Saya bersetuju dengan Benitez yang mengatakan bahawa setiap pengurus perlu bekerja dengan kelab dengan cara dan pandangan sendiri"

“Disni saya ingin mengambil kesempatan untuk meminta maaf atas segala komen yang saya katakan sebelum ini”

"Setakat ini saya tahu saya kini bekerja di Liverpool dan melakukan yang terbaik Liverpool, mankala Benitez bekerja di Inter dan melakukan yang terbaik untuk Inter”.

Disamping itu juga menurut sumber laman web rasmi liverpoolfc.tv, menyatakan pada malam ini pada perlawanan menentang Napoli di Anfield. Pengurus Liverpool telah merancang untuk menurun barisan terkuat The reds untuk mengutip 3 mata berharga dan sekaligus menambahkan perluang untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi dalam kejohanan tersebut.

Menurut roy lagi perlawanan ini juga boleh dianggap perlawanan pemanas badan untuk menghadapi Chelsea pada hari minggu ini dalam kempen Liga Perdana. Hanya dengan kemenangan pada malam ini akan megukuhkan peluang Liverpool untuk kekal di tangga teratas dalam kumpulan K.

Pada malam ini juga Liverpool akan turun menentang Napoli dengan sebahagain pemain tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan. Anataranya ialah Joe Cole (hamstring), Dirk Kuyt (pergelangan kaki) dan Daniel Agger (betis) sementara Sotirios Kyrgiakos mengadu pada sesi latihan terakhir selepas mengeluh sakit di pangkal paha. Dan juga diikuti dengan Ryan Babel juga mengalami kecederaan. Tetapi Roy agak sedikit lega apabila kemungkinan pada malam ini Glen Johnson berkemungkinan akan beraksi setelah kembali menjalani latihan pada sesi latihan terakhir.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger