MATCH Preview Europa: (Liverpool v Napoli)



Pada hari khamis mendatang esok hari, dalam kempen liga Europa di halaman rasmi kita Anfield kita akan menerima kunjungan pasukan daripada Itali iaitu Napoli. Pasukan ini biasanya diberi gelaran Partenopei. Jika dilhatkan kepada persembahan semasa pasukan dalam liga masing-masing tampak seimbang. Dimana dalam lima perlawanan terakhir kedua pasukan memperolehi dua kemenangan.

Bagi kita Liverpool kemenangan ini adalah perlu untuk mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu kempulan K. mengikut kedudukan dalam kumpulan kini Liverpool di tempat teratas dengan 5 mata dan dan di tempat kedua adalah Napoli serta diikuti dengan Utrecht dan Steaua Bucuresti.

Pada perlawanan sebelum ini, di San Paolo, kedua pasukan hanya seri di tempat lawan apabila tiada gol dapat dijaringkan setelah tamat permainan. Dan ketika itu kebanyakkan pemain utama pasukan tidak beraksi bagi perlawanan itu. Kini pula pada perlawanan ini kita dilanda krisis kecederaan dimana empat orang pemain kita mengalami kecederaan iaitu R. Babel, D. Kuyt, D.Agger dan mengenai kecederaan joe cole yang terpaksa direhat sekurang-kurangnya 10 hari akibat kecederaan yang diperolehi semasa menentang Bolton minggu lepas. Dan ini bermakna bekas pemain tengah Liverpool ini dijangka akan terlepas perlawanan menentang Napoli dan Chelsea minggu ini.

Berkenaan hal ini pastinya menyukarkan Roy Hodgson untuk membuat percaturan bagi menghadapi Napoli ini. Menurut sumber Liverpoolfc.tv yang berkata kemungkinan G. Johnson akan diturunkan pada hari khamis ini jika tidak ada halangan mengenai kecederaannya. Dan dilaporkan bermula hari ini Johnson akan mula turun ke kem latihan untuk menjalani latihan.

Diharapkan segalanya dapat berjalan lancar dan sempurna dan diharapkan Liverpool dapat menang perlawanan ini untuk mendapatkan semangat dan tonik berguna apabila menentang Chelsea hujung minggu ini. Dan perlawanan ini juga merupakan salah satu titik tolak untuk Liverpool menilai tahap sebenar pasukan dan diharapkan roy dan seluruh pasukan dapat membuktikan Liverpool mampu untuk bangkit kembali.

Sekian YNWA dari saya.


Fakta perlawanan:
Pengadil : Fredy Fautrel (FRA)
Pembantu Pengadil:Cyril Gringore (FRA), Nicolas Pottier (FRA)
Pengadil keempat; Wilfried Bien (FRA)
Stadium: Anfield, Liverpool (ENG)

Barisan jangkaan
Liverpool: Liverpool ( 4-2-3-1): Reina; Johnson, Kyrgiakos, Skrtel, Carragher; Meireles,Maxi, Jovanovic, Gerrard, Lucas;Torres.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger