Kuyt dijangka akan diturunkan semasa bertemu Chelsea




Menurut sumber espnstar.com yang melaporkan bahawa kini Dirk Kuyt sedang berusaha untuk kembali cergas untuk menghadapi Chelsea pada hari Ahad selepas tiga mingguterpaksa direhatkan kerana mengalami kecederaan semasa dalam kempen kelayakan Euro untuk pasukan kebangsaan Belanda.

Pemain yang berusia 30 tahun telah mengejutkan pihak perubatan apabila berjaya pemulih lebih cepat dari yang diharapkan daripada kecederaan ligamen pergelangan kaki dan akan meneruskan latihan penuh pada hari Jumaat ini.

Tambah Kuyt lagi….

"Saya sangat gembira dengan mereka kerana saya telah pulih dengan cepat dan saya ingin turun latihan dan berlatih untuk kembali ke prestasi terbaik”

“Dan saya mengharapkan dapat beraksi semasa menentang Chelsea dan dapat menyumbangkan sesuatu kepada kelab”

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger