MATCH Review, ( Bolton 0- 1 Liverpool )


Maxi menjadi wira Liverpool dalam perlawanan kali ini, apabila menjaringkan gol lewat permainan pada minit ke 86, dan sekali lagi kita melihat hasil backheel Torres yang membuka peluang untuk meletakkan Liverpool keluar dalam kelompok penyingkiran dalam liga ini juga menunjukkan Komitmen pemain Sepanyol ini tidak akan mungkin dipersoalkan walaupun tidak menjaringakan gol tetapi turut menyumbang kepada Liverpool. Dan perlawanan ini juga merupakan kemenangan di tempat lawan sejak Ogos tahun 2009. Dan menurut sumber Liverpoolfc.tv mengatakan perkembangan mengenai Joe cola kelak akan diketahui pada hari esok tentang pemain yang memakai jersey no 10 di Liverpool itu.

Banyak yang berubah dan banyak perkembangan dalam pasukan dalam perlawanan ini. Ternyata tidak seperti perlawanan sebelum ini, dimana kita melihat Liverpool bermain dengan cara yang tidak stabil dan tidak melakukan serangan. Perlawanan di Reebok Stadium sekali lagi menunjukkan bahawa Liverpool mampu dan pasti akan bangkit bagi mengejar tangga liga.

Tidak dilupakan kepada mengenai Joe cole yang terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan. Jika dilihat seperti cole mengalami kecederaan hamstring, dan jika benar mungkin tida minggu dia terpaksa direhatkan. Perlawanan kali ini juga menyaksikan barisan pertahanan tampak terguh mengawal gerakan yang dihasilkan oleh pemain The Trotters, tatapi pada permulaan segala hantaran taping pasing yang dilakukan oleh The Reds tampak selalu dipintas oleh pasukan lawan. Pastinya Roy mahu mengubah supaya keadaan ini dapat diperbaiki apabila menentang Chelsea minggu hadapan. Dan semasa menentang Napoli dalam kempen liga europa.

Kita juga bernasib baik kerana pengadil tidak Nampak apabila hantaran silang pemain Bolton Taylor terkena tangan Jamie Carragher dalam kotak pernalti. Dan juga kita terselamat apabila percubaan First Time Volley dari Stuart Holden`s dari jarak 20 metar berjaya diselamatkan oleh Pepe Reina.
Diharapkan Liverpool akan mengekalkan prestasi dan budaya menang untuk membolehkan kita(Liverpool) kembali bersaing dalam tangga Liga perdana. Sekian You'll Never Walk Alone

Fakta perlawanan;

Man of the match: Maxi Rodriguez


Liverpool: Reina, Konchesky, Carragher, Kyrgiakos, Skrtel, Lucas, Meireles, Maxi, Cole, Gerrard, Torres. Subs: Hansen, Poulsen, Jovanovic, Spearing, Kelly, Shelvey, Ngog.

Dua kad kuning : Skrtel dan Konchesky

Dua pertukaran pemain: Poulsen(+90) dan Ngog (62)

Stadium: Reebok Stadium, England
kehadiran : 25,171
masa sepak mula: 12 malam
Referee: Martin Atkinson




comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger