Antara positif dan negatif berada di dasar Liga

Dalam dua minggu kebelakangan ini kita lihat terlalu banyak berita yang menceritakan berkenaan hal dimana Liverpool akan turun divisyen. Tidak dilupakan kepada penyokong pasukan lain yang sentiasa melemparkan tomahan dan kritikan kepada pasukan yang kita sayang dan cintai ini. Saya akui sememangnya Liverpool pada 8 perlawanan sebelum ini menunjukkan penurunan dari aspek mental, fizikal dan yang paling penting aspek keyakinan diri bagi setiap pemain di Liverpool.

Hal ini bukan sengaja diwujudkan oleh para pemain dan seluruh individu dalam pasukan. Pada pendapat saya hal ini adalah disebabkan oleh masalah yang berada di luar padang. Contoh yang paling jelas yang boleh saya ungkapkan adalah masalah dari aspek pemilikkan yang melanda kita sebelum ini. Dan kini kita bersyukur dengan kedatangan John Henry dan NESV telah menuntup masalah ini. Dengan kedatangan pemilik baru maka bermula segala buku baru dimana pintu lembaran baru akan di ubah untuk mengembalikan Liverpool kembali gah seantero dunia.

Jika dilihat pada tangga liga, memang sedih dan takut juga. Tetapi kita semua tidak perlu risau kerana dengan berbekalkan sedikit masa lagi saya pasti Liverpool akan bangkit kembali. Disini saya akan hidangkan kepada anda semua sebab positif Liverpool akan bangkit daripada sejarah terburuk dalam tempoh 48 tahun ini:…..

Sebab untuk bangkit kembali:

1,Kita mempunayai pemain bertaraf dunia;
  • Steven Gerrard, Joe Cole, Dirk Kuyt, Pepe Reina dan Fernando Torres . Kalau nak dilihat kan kepada prestasi dan sumbangan mereka memang terlalu besar dengan pengalaman yang luas, pastinya akan membangkitkan semangat serta mengunakan pengalaman mereka untuk menaikkan Liverpool kembali menerajui tangga liga. Dan dengan kelibat mereka pastinya Liverpool akan bangkit kembali.

2.Musim perpindahan januari:
  • Dengan kedatangan pemilik baru (NESV), pastinya akan memberikan baget yang diperlukan kepada Roy Hodgson untuk membentuk dan memperkukuhkan barisan para pemain yang ada sekarang. Berdasarkan berita dijangka Roy akan diberi baget sekitar £ 60 juta. Sekiranya benar berita yang kita dengar ini, pastinya ia adalah perbelanjaan yang lebih dari cukup untuk membeli pemain yang berkualiti dan benar berpontensi. Ditambah pula dengan begitu banyak spekulasi mengenai perpindahan yang kita dengar, dan ini pastinya mengambarkan bagaimana Roy sedang memerhati pemain dibawa ke Mellwood.

3.Jadual perlawanan yang lebih mudah:
  • Setelah mengharungi perlawanan awal yang agak sukar sebelum ini, dengan perlawanan menentang Chelsea di Anfield dan menentang Tottenham Hotspur digelanggang lawan. Dan jika selebihnya Liverpool dapat mengekalkan kedudukan menang sudah pastinya kita akan kembali bersaing dalam tangga Liga.untuk lebih kepastian sila rujuk jadual perlawanan.

4.Sejarah lalu:
  • Sejarah telah membuktikan kita adalah pasukan yang tidak mudah dikalahkan dan yang terutamanya Liverpool sememangnya terkenal dengan semangat bangkit kembali daripada ketinggalan. Dan saya percaya dengan bantuan kewangan daripada pemilik, semangat pasukan yang teguh serta yang paling penting kita penyokong Liverpool sentiasa menyokong Liverpool. Dengan segala ramuan ini saya yakin, pasti dan percaya Liverpool akan bangkit kembali dan sekaligus menutup mulut kritikan dan tomahan yang dileparkan selama ini.

Tidak dilupakan mengenai sebab negetif mengapa Liverpool sukar untuk kembali mencabar dalam liga. Jika ini dapat diatasi saya yakin tiada sesiapa akan sangsi dengan kebangkitan Liverpool.

1.kegagalan mengawal mood di luar dan dalam padang;
  • seperti yang kita tahu bahawa mental dan mood adalah satu perkara yang berkait rapat. Jika pemain tidak dapat mengawal mental dan mood mereka dengan baik, maka agak sukar untuk Liverpool kembali mengejar tangga liga. Dan hal ini sekaligus akan menjejaskan prestasi pasukan dan pemain

2.Masalah Kecederaan
  • Jika kecederaan berlaku kepada pemain tunjang Liverpool pastinya akan menyukarkan The reds untuk menang dalam perlawanan liga yang nampaknya semakin sengit dan penuh dengan cabaran tidak kira dari pasukan berprofil tinggi mahupun pasukan lain dalam liga. Sebagai contoh kini Kuyt, Glen Johnson dan Fábio Aurélio masih bergelut untuk kembali cergas. Untuk mengelakkan hal ini berlaku pastinya pasukan perubatan Liverpool berusaha untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Tetapi maklum lah, dalam bola sepak segala nya boleh berlaku.

3.Tentangan dari penyokong @ fan
  • -Perkara terakhir ini adalah terlalu subjektif dan agak sukar untuk saya terangkan. Tetapi saya berharap apa yang bakal saya tulis ini. Tidak akan menyebabkan sahabat The Reds yang lain terasa ataupun marah.
  • Jika kita lihat selepas Liverpool kalah dengan Blackpool bagaimana suasana dan begitu banyak sindiran, kritikan, tomahan dan kutukan dilemparkan kepada Roy Hodgson. Bahkan ada yang secara lantang melemparkan bahawa suruh roy keluar dari Liverpool.
  • Secara jujur saya katakan saya juga salah seoarang daripada yang berbuat demikian. Tetapi apabila difikirkan balik, adakah patut tindakan seperti ini berlaku.
  • Mungkin kita tidak sedar perkara ini akan membuat keadaan menjadi tegang dan menjadikan segala percaturan yang dibuat oleh roy tidak menjadi.
  • Dan mungkin juga perkara ini akan menipiskan semanagat ketidakpercayaan pemain terhadap Roy. Kalau perkara ini terjadi nescaya akan berlaku malapetaka kepada pasukan.

Sekian dari saya Darion Daron.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger