7 pembelian terburuk Liverpool

Fernando Morientes -Harapan tinggi ketika Fernando Morientes berpindah ke Anfield pada tahun 2005. Semasa di Monaco apabila dipinjaman oleh real Madrid pada tahun 2003. Pemain ini telah menarik perhatian pihak Liverpool dimana telah menjaringakan 10 dalam 28 penampilan untuk Monaco. Dibeli sebagai pengganti kepada Michael Owen kerana berpindah ke Real Madrid, membuat dubut pertamanya semasa menentang Manchester United pada tarikh 1 February 2005. Namun selepas itu dia dia seakan-akan hilang arah dan hanya menjaringkan 8 gol dalam 41 penampilan untuk Liverpool.

Kini telah bersara ikuti berita dalam web saya……

Klik sini..

maklumat pemain


Robbie Keane – Dibeli daripada Tottenham salah satu kesilapan terbesar yang pernah dilalukukan oleh Benitez dalam member pemain semasa di Liverpol. Dibeli dengan harga yang mahal dengan melihatkan prestasi dan umurnya ketika itu. Dan harga yang dibeli adalah sekitar £19 juta dan ditambah dengan £1.3 jika dia bermain dengan baik di Liverpool.

Banyak cerita disebalik pembelian pemain ini dimana dia bukan sahaja satu pembaziran tetapi dibeli hanya untuk memaskan bangku simpanan. Dan pada enam bulan kemudian dia dijual kembali kepada Tottenham pada 2 February 2009 dengan harga £12 juta dan ditambah jika bermain dengan baik akan ditambah ke £16 juta dan menjadikan dia sebagai pemain yang berpindah sekadar melancong dan dalam tempoh 6 bulan sahaja, sebanyak £75 juta digunakan dalam sejarah kerjaya pemain ini.

Semasa di Liverpool di hanya menjaringakan 5 gol dalam 19 penampilan. Dan ini merupakan perpindahan yang sia-sia kerana pemain ini dibeli dengan harga yang mahal tetapi tidak digunakan dengan sepenuhnya.

maklumat pemain



Erik Meijer – Dibawa ke Liverpool pada tahun 2009 atas pertimbangan aksi cermelang semasa bermain di PSV dan Bayer Leverkusen. Tetapi apabila beraksi untuk Liverpool entah mengapa pemain ini tidak dapat meyinar seperti sebelum Nya. Semasa di Liverpool pemain ini hanya menjaringakan 2 gol dalam 24 penampilan dalam Liga perdana. Selepas dua musim yang gelap di Liverpool akhirnya pengurus Liverpool pada ketika itu Gérard Houllier mengambil keputusan untuk meminjakan pemain ini ke Preston North End. Dan dijual kepada Hamburg.

Namun yang menarik mengenai pemain ini adalah dia dikenali semasa di Liverpool kerana dia merupakan pemain yang bersama menyanyi dan minum dengan penyokong Liverpool sebelum final piala UEFA menentang Alaves pada 16/05/2001

maklumat pemain


Sean Dundee - Striker kelahiran Afrika Selatan itu dibeli dengan harga £ 2 juta dari Karlsruhe pada tahun 2008 sebagai cadangan untuk mengantikan Robbie Fowler pada masa itu tercedera. Dia hanya pernah bermain tiga game untuk The Reds. Disebabkan kurang mendapat tempat dalam pasukan dia telah dijual ke kelab Jerman setelah hanya membuat 3 penampilan untuk Liverpool.

maklumat pemain






El-Hadji Diouf – berasal dari Senegal, dibeli dari pasukan Lens dengan bayaran £ 10m. Walaupun dicalonkan sebagai pemain Afrika terbaik dan beraksi untuk pasukan Senegal di Piala Dunia pada tahun 2002 dengan Senegal, Diouf gagal memenuhi harapan di Merseyside. Meski mencetak dua gol di debutnya di Southampton, Diouf hanya menjaringkan tiga gol dalam sepanjang tempoh di The Reds. Kemudian dia dipinjamkan ke Bolton oleh pengurus pada ketika itu iaitu Rafa Benitez.

maklumat pemain







Paul Stewart – merupakan penyerang yang banyak menjaringkan gol semasa pemain ini beraksi di pasukan Manchester City dan Tottenham Hotspur. Dibeli dengan harga £ 2.5juta ternyata pembelian ini merupakan pembelian yang membazirkan kepada Liverpool pada ketika itu. Semasa bermain di Liverpool pemain ini hanya menjaringkan 1 gol sahaja dalam 34 penampilan. Dan selepas musim yang hambar baginya, dia akhirnya di pinjamkan kepada Crystal Palace.

maklumat pemain







Andrey Voronin – penyerang Ukraine yang dibawa masuk pada 26 February 2007 atas persembahan baik semasa di Bayer Leverkusen . entah kenapa semasa di Liverpool pemain ini gagal untuk bersinar semasa di Anfield,akibatnya dia dipinjamkan ke Hertha Berlin. Selama beraksi untuk The reds dia hanya menjaringakan 6 gol dalam 40 penampilan dalam liga perdana. Dan pada januari lepas pemain ini dijual ke Dinamo Moscow.

maklumat pemain



comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger