Cole terlepas aksi menentang Chelsea


Pemain tengah Liverpool Joe Cole dilaporkan tidak akan diturunkan pada perlawanan menentang Chelsea pada perlawanan liga perdana minggu ini. Menurut sumber liverpoolfc.tv “ cole tidak akan diturunkan kerana mengalami kecederaan hamstring semasa menentang bolton semalam”.

Pemain yang berusia 28 tahun ini, menyertai The Reds dari Stamford Bridge pada musim perpindahan yang lepas. Dan dalam laporan itu juga mengatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh cole tidak serius dan pengurus Liverpool Roy Hodgson sedang menunggu laporan dari pihak perubatan kelab mengenai perkembangan lanjut berkenaan kecederaan itu.

Disamping itu juga Liverpool, kini boleh menarik lafas lega apabila kembalinya Dirk Kuyt setelah menunjukkan pemulihan yang pantas dari jangkaan pihak perubatan. Serta selain Kuyt, pemain lain yang sudah bebas dari masalah cedera adalah bek kanan Glen Johnson, yang juga mantan pemain yang pernah bermain untuk The Blues.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger