Match preview: Liverpool vs West Ham



Info Siaran Langsung: 21 November 2010 (Ahad). 1.30 pagi Astro Channel 817

Pada perlawanan minggu ke 14 ini, sekali lagi bertempat di stadium keramat di Anfield, Liverpool akan melayan kunjungan west ham united pada esok hari. Jika dilihatkan kepada rekod perlawanan head to head antara kedua pasukan, sememangnya Liverpool mendahului dengan 4 menang dan 1 seri. Pada perlawanan terakhir kedua pasukan bersemuka di Anfield pada 19/04/2010, pada ketika itu The Reds menang dengan jaringan 3-0.

Namun begitu kini krisis kecederaan sedang melanda squad pimpinan Roy Hodgson iaitu kecederaan kapten kesayangan kita, Steven Gerrard yang mungkin terpaksa direhatkan selama 4 minggu akibat kecederaan yang diperolehi semasa perlawanan persahabatan menantang perancis sebelum ini.

Disarming itu juga masalah kecederaan Joe cole yang masih belum pulih dan Lucas pula dalam proses pengantungan perlawanan selepas menerima kad merah pada perlawanan menentang Stoke City sebelum ini. Berita gembira untuk perlawanan ini adalah khabarnya Fernando Torres dan juga Glen Johnson disahkan cergas untuk perlawanan ini nanti, serta Fabio Aurelio mungkin akan diturunkan dalam perlawanan ini. Aurelio yang cedera sejak 26 Ogos kerana masalah Achilles dan pangkal paha. Dikatakan berada dalam keadaan terbaik untuk menyumbangkan tenaga bagi memperkukuhkan barisan pemain untuk menghadapi west ham united ataupun biasanya diberi gelaran sebagai The Hammers.

Diharapakan barisan pemain yang turun pada perlawanan kali ini akan bermain dengan sepenuh hati dan mendapat kemenangan untuk kembali mengejar tangga Liga dan seterusnya memadam rekod buruk sebelum ini. Sekian YNWA.



Liverpool: Reina, , Carragher, Skrtel, Johnson, Konchelsky,poulsen, Meireles, Jovanovic, Kuyt, Maxi, Torres

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger