Jay spearing tiada Untuk Enam Minggu




Sumber Goal.com yang memperkatakan bahawa kini Liverpool menderita dengan krisis kecederaan terbaru dimana pengurus Roy Hodgson mendedahkan Jay spearing pemain tengah Liverpool mengalami kecederaan yang akan mengakibatkan pemain kelahiran Wallasey, England mungkin terpaksa direhatkan selama 6 minggu.

Menurut laporan itu, mengatakan spearing mengalami kecederaan semasa sesi latihan dalam persediaan menentang West Ham yang bakal dijalankan pada hari ini. Ditambah dengan itu juga, krisis kecederaan squad The Reds makin meruncing dengan ketiadaan kapten sensasi Liverpool Steven Gerrard dan musibah yang menimpa Lucas Leiva yang kini dalam proses pengantungan akibat menerima kad merah pada perlawanan sebelum ini.

Bercakap kepada laman rasmi kelab Liverpoolfc.tv, Hodgson:
"Malangnya pada akhir sesi latihan, pemain berumur 21 tahun ini menerima kecederaan di pergelangan kaki dan ini mungkin dia terpaksa direhatkan dalam tempoh masa yang agak panjang.

Dengan keadaan ini, mungkin pada perlawanan malam ini, pemain yang dijangka akan diturunkan ialah Poulsen untuk mengantikan tempat yang ditinggalkan oleh Gerrard.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger