Gerrard direhatkan 4 minggu


Dilaporkan bahawa Kapten Liverpool, Steven Gerrard kini mengalami kecederaan hamstring semasa beraksi untuk pasukan kebangsaan England menentang perancis dalam aksi perlawanan persahabatan.

Pada perlawanan tersebut, dikatakan bahawa Steven Gerrard mengalami cedera hamstring pada saat England tewas 1-2 kepada Perancis di stadium Wembley. Disebabkan kecederaan ini berkemungkinan besar kapten Liverpool ini terpaksa direhatkan selama 4 minggu. Dan dijangka akan terlepas aksi perlawanan untuk Liverpool semasa The Reds menentang West Ham United, Tottenham Hotspur, Steaua Bucharest, Newcaste United dan FC Utrecht.

Berita ini adalah salah satu berita yang agak kurang sedap untuk didengar kerana, seperti yang kita tahu bahawa Gerrard merupakan salah satu tunjang kepada Liverpool tanpa aksi dan sumbangan daripadanya berkemungkinan susah untuk Liverpool menyerlah dan mendapat kemenangan dalam kempen perlawanan Liga perdana dan Liga Europa yang tampak semakin mencabar.

Turut dilaporkan bahawa, pengurus pasukan kebangsaan England, Fabio Capello khabarnya akan berhadapan dengan Roy Hodgson untuk meminta maaf atas kecederaan yang dialami oleh Gerrard dan dia mengakui bahawa dia adalah salah satu penyebab kepada musibah yang menimpa Gerrard.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger