Kuyt dan Kelly : "Hari yang sempurna"



Pemain kebangsaan Belanda Dirk Kuyt menyatakan pujiannya kepada Fernando Torres selepas menjaringkan dua gol pada perlawanan semalam dan berjaya menewaskan pendahulu Liga iaitu Chelsea

Tambah Kuyt lagi...

“Saya percaya dalam empat perlawanan terakhir ini, menunjukkan Liverpool semakin yakin dan mendapat semula kekuatan untuk terus kembali mengejar kedudukan dalam big Four dalam tahta Liga Perdana”.

“Kami percaya kepada Fernando dan tidak ada keraguan mengenainya”

"Anda boleh lihat pasukan bermain lebih baik setiap minggu dan di setiap pertandingan, dan Fernando juga menjadi lebih baik dan lebih baik”.

"Pepe bermain dengan cermelang apabila berjaya menyekat kemaraan Chelsea dari menjaringkan gol pada separuh masa kedua”

Disamping itu, Kuyt juga menyatakan bahawa dia tetap optimis dengan perlawanan selepas ini iaitu Liverpool akan bentandang ke Wigan untuk meneruskan persembahan cermelang dalam Liga dan mengejar kembali kedudukan dalam Liga

Turut menyatakan pujian kepada Fernando Torres adalah pertahanan muda yang bakal menyinar di Liverpool iaitu Martin Kelly yang turun mengantikan tempat yang ditinggalkan oleh Sotirios Kyrgiakos dan Glen Johnson kerana kedua pemain ini sedang bergelut untuk kembali Cergas.

Tambah kelly lagi.....

“Fernando Torres adalah pahlawan dalam perlawanan semalam dan telah membuktikan dia adalah pemain yang mempunyai kelas tersendiri apabila menjaringkan dua gol yang memukau dan saya juga berharap agar dia akan terus cermelang dalam perlawanan akan dantang demi membantu Liverpool terus kekal dalam prestasi terbaik”

sumber; liverpoolfc.tv.com

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger