Hodgson: Kita harus terus fokus




Setelah menampilkan permainan yang bergaya semasa Kemenangan 2-0 keatas Chelsea, pengurus Liverpool Roy Hodgson telah memberitahu pemainnya untuk tidak terus dibuai dengan kemenangan yang dicapai sebelum ini. Dengan kemenangan ini juga telah menaikkan kedudukan Liverpool dalam tangga ke 9 dalam liga perdana.

Jika dilihatkan dalam kedudukan dalam Liga, adalah sangat mudah untuk kita turun kembali ke dasar liga jika tidak terus mendapat kemenangan demi kemenangan, maka perkara ini adalah penting dengan untuk semua pemain dan seluruh pasukan untuk kekal Fokus dan terus mendapat kemenangan dalam perlawanan dalam Liga. Dan yang paling penting terus kekalkan momentum kemenangan.

Dalam kesempatan itu juga, pergurus Liverpool itu juga mengambil kesempatan untuk memuji persembahan yang ditampilkan oleh Lucas Leiva yang tampaknya semakin hari semakin meningkat mutu permainannya. Sebelum ini, banyak pendapat yang mengatakan bahawa Lucas tidak bermain dengan baik dan dia selalunya leka dalam perlawanan. Namun roy tetap optimis dan yakin bahawa semakin hari tampak permainan dan cara kendalian bola pemain tersebut terus meningkat.

Pada hari rabu ini, sekali lagi Liverpool akan diuji dengan perlawanan menentang wigan, dan diharapkan agar pada perlawanan tersebut Liverpool dapat mendapat kemenangan untuk mengekalkan momentum dalam prestasi pasukan dan pemain.

Disini saya lampirkan kepada anda bagaimana prestasi Lucas semasa menentang Chelsea.

klik sini...



comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger