Christian Poulsen mungkin akan dijual


Menurut berita terbaru yang dikeluarkan oleh Goal.com yang menyatakan bahawa kini Liverpool bersedia mempertimbangkan penjualan Christian Poulsen yang hanya beberapa bulan berada di Liverpool selepas meyertai The Reds pada musim perpindahan lepas dengan yuran perpindahan sebanyak €5.2 dari Juventus.

menurut pengarah strategi bolasepak Liverpool yang baru Damien Comolli , mengatakan bahawa dia kurang yakin Poulsen mempunyai masa depan yang cerah di Liverpool dan kini dia sedang dalam perancangan untuk menjual pemain ini dan mengantikan dengan pemain muda yang lebih muda dan berpotensi.

Dalam beberapa minggu sebelum ini, dapat dilihat bahawa bekas bintang Sevilla menunjukkan prestasi yang agak kurang memberangsangkan dan gagal untuk merebut kedudukan dalam barisan pemain yang tersenarai dalam squad The Reds.

Anatara salah satu sebab pemain kebangsaan Denmark ini dibawa ke Liverpool adalah untuk mengantikan tempat yang ditinggalkan oleh Javier Mascherano yang berpindah ke Barcelona dengan yuran perpindahan sebanyak € 24,3 juta. Tetapi jika dilihatkan pada persembahan dalam beberapa perlawanan sebelum ini, tenyata dia masih lagi belum dapat mengantikan tempat Defensive midfielder yang sememangnya amat penting dalam penhubung jalinan antara barisan pertahahan dan barisan penyerang dalam squad Liverpool.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger