Salam dan selamat sejahtera. Terlebih dahulu saya (penulis )ingin meminta maaf kerana lewat mengeluarkan entri pada hari ini. Hal ini adalah kerana saya mengalami masalah yang tidak dapat dielakkan.
Pada malam semalam sekali lagi kita menyaksikan bahawa benar Liverpool sudah bangkit dari kenangan yang lepas. Dan jikalau saya nak hendakan memberi nama pada perlawanan ini adalah “Liverpool back and Toress back”. Mari kita lihat mengapa nama untuk perlawanan ini terjadi. Pertamanya ialah seperti yang kita tahu toress dalam perlawanan ini telah menjaringkan dua gol dan yang kedua nya kita dapat menyaksikan bagaimana tajam percubaan yang dilakukan oleh Torres dimana telah menghasilkan dua gol dalam 3 percubaan yang telah dilakukan oleh beliau. Disini juga kita sekali lagi dapat menyaksikan bagaimana bangkitnya dan sekaligus menepis segala kritikan yang dilemparkan kepadanya sebelum ini. Pemain kelahiran Spain ini menyatakan dalam temubual dari BBC berbunyi, kini Liverpool tidak perlu toleh ke belakang dan harus terus memandang kehadapan dan melihat perlawanan ini sebagai satu medan pemberi semangat untuk Liverpool terus mengejar dalam tangga Liga Perdana.
Pujian turut juga harus diberikan kepada pemain lain, seperti kuyt yang telah pulih dari kecederaan dan dalam perlawanan ini juga kita dapat menyaksikan bagaimana Kuyt sebagai pencetus kepada gerakan yang membolehkan Torres menjaringkan gol pada minit ke 11 dan persembahan terbaik juga kepada Raul Meireles yang telah malakukan assist pada gol kedua dijaringkan pada minit ke 44.
Kredit juga kepada pemain muda Liverpool iaitu M. Kelly yang bemain dengan baik di bahagian pertahanan kanan, perlawnan ini juga menampakkan peningkatan pada pesembahan Lucas dan Maxi Rodriguez yang tampak makin serasi dengan corak pemainan yang diamalkan oleh Roy.
Tidak dilupakan kepada Pepe Reina dan pemain pertahanan seperti Carragher, Skrtel, Konchelsky yang telah mengerahkan segala tenaga mereka semasa separuh masa kedua apabila Liverpool diserang secara bertubi-tubi dan ternyata mereka bermain dengan all out pada malam semalam. Dan yang terakhir pujian yang teristimewa kepada kapten Kita iaitu Gerrard yang memainkan peranan yang tersendiri untuk memimpin pasukan bermain dengan cermelang pada malam semalam.
Setelah perlawanan ke 11 ini, nampaknya kedudukan Liverpool meningkat lagi pada kedudukan 9 dan mengumpul 15 mata. Dan perbezaan jumlah jaringan sahaja yang membuatkan Liverpool berbeza tangga dalam Liga dengan Bolton yang menduduki tangga ke 6 liga. Dan saya yakin dan optimis jika kita terus pandang kehadapan dan terus menang dalam perlawanan selepas ini pastinya kita berjaya kembali dalam Big Four dan seterusnya layak ke peringkat liga juara-juara pada musim depan.
Dan saya yakin kini setelah 11 perlawanan dalam liga perdana ini, kita semakin percaya bahawa roy mampu melakukan sesuatu perubahan untuk Liverpool. Walaupun sebelum ini saya juga merupakan salah seorang yang mengkritik beliau dan kemampuannya untuk mengalas tanggungjawab sebagai pengurus Liverpool . Saya juga teringatkan kata beliau pada awal –awal kedatangan nya ke Liverpool “ berikan saya masa untuk mengubah segala apa yang terjadi” kini saya rasa memang benar apa yang diperkatakan oleh beliau sebelum ini . sekian YNWA.
Maklumat perlawanan:
Liverpool: Reina, Kelly, Carragher, Skrtel, Konchelsky, Lucas, Gerrard, Meireles (Spearing), Kuyt (Shelvey), Maxi, Torres (Ngog)
Stadium: Anfield, England
Attendance: 44,238
Match Time: 12 malam (8 november 2010)
Referee: Howard Webb

0 comments:
Post a Comment