Kedudukan Johnson di Liverpool tidak terjamin

Ini adalah berita terbaru yang dipetik daripada mail online yang memperkatakan bahawa kini, pengurus Liverpool iaitu Roy Hodgson kini kecewa dengan persembahan yang ditampilkan oleh Glen Johnson setakat ini.

Sememannya kini pertahanan kanan England ini masih berada dalam keadaan cedera dan dijangka tidak akan diturunkan dalam perlawanan pada malam ini semasa Liverpool bertandang ke stoke city. Tambah lagi Roy turut menyatakan ....

“saya kini tidak boleh menjamin Johnson akan kembali mengekalkan kedudukannya sebagai pemain utama untuk The Reds”

“ini adalah kerana pada aksinya pada musim ini, sebenarnya Johnson bermain di bawah prestasi sebenarnya, inilah yang menyebabkan mengapa saya tidak dapat menjamin tempatnya dalam barisan pemain utama Liverpool”

“Sememanya benar dia merupakan petahanan pasukan kebangsaan, tetapi jika dia tidak bermain dengan prestasi terbaik, saya tidak yakin untuk menurunkannya dalam barisan pemain utama Liverpool”

Pada pendapat saya(penulis) benar apa yang diperkatakan dan cuba disampaikan oleh Roy Hodgson mengenai prestasi Glen Johnson setakat ini, prestasinya agak kurang memuaskan. Ditambah pula kini selepas perlawanan menentang Chelsea sebelum ini, pemain muda Liverpool iaitu Martin Kelly semakin menunjukkan peningkatan dari aspek cara permainannya. Maka tidak mustahil bahawa kini tempat pertahanan kanan dalam squad Liverpool akan menjadi tempat panas yang perlu direbut oleh kedua pemain ini iaitu Glen Johnson dan Martin Kelly.

Sememanya adat, dalam bola sepak siapa yang terbaik akan digunakan dan disanjung, tetapi apabila prestasi permainana menurun, tidak kurang juga kritikan yang akan dilemparkan kepada pemain tersebut. Kerana dalam bola sepak pemain harus sentiasa mengekalkan cara permainan terbaik untuk lebih berdaya saing. Dan inilah yang terjadi dalam situasi yang dialami oleh Glen Johnson kini. Diharapkan Johnson dapat bangkit kembali seperti yang ditunjukkan oleh Torres sebelum ini. Dimana banyak pendapat dan komen dari media yang mengatakan Toress hilang sengat untuk menjaringkan gol. tetapi kini dia membuktikan bahawa dia boleh bangkit kembali. hope Johnson dapat jadikan Torres sebagai contoh untuk bangkit kembali.

Sekian YNWA

comment 2 comments:

sale_ehs gerrard on November 13, 2010 at 4:48 PM said...

johson ni pun mcm air pasang surut gak.. tp skg ni mmg x perfom pun.. kurang agresif. harap kelly dpt mnyempurnakan posisi pthanan kanan ni..

Darion Daron said...

betul. prestasi dia x stabil.
x pe buat masa ini kelly nampak cm bgus je
bg dia peluang nak nak tunjukkan dia mampu isi tempat bek kanan Liverpool. betul kan

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger