MATCH Review ( Stoke City 2-0 Liverpool )


Keputusan yang agak memalukan dan agak mengekewakan dimana, pada perlawanan kali ini Liverpool tewas untuk kali ke lima dalam keseluruhan 13 perlawanan dalam liga perdana. Jika melihatkan pada cara dan rentak permainan sememangnya keputusan ini Nampak bahawa akan menyebelahi stoke city kerana hampir keseluruhan tampak permainan dan kawalan bola dikawal dengan baik oleh pasukan lawan.

Dalam perlawanan ini juga menyaksikan bahawa come back dari S. Kyrgiakos kembali dari kecederaan. Dan kita agak kecewa dengan keputusan pengadil yang telah melayang dua kad kuning kepada Lucas dan menyebabkan dia dibuang padang pada minit akhir perlawanan. Perlawanan ini juga menyaksikan bahawa lemparan kedalam oleh R. Delap yang nampaknya telah mengkucar-kacirkan barisan pertahanan untuk menyekat serangan bola tinggi dari pemain The Potters.

Jika nak bercakap berkenaan kecewa dan sedih, sememangnya sedih. Tapi untuk masa kini apa yang terbaik dan apa yang perlu kita sebagai penyokong buat adalah terus percaya dan sabar dengan kepetusan dan rentak permainan The Reds. Persoalannya nya sampai bila hendak bersabar itu hanya anda sendiri yang boleh menjawabnya.

Dan diharapkan bahawa pada aksi perlawanan menentang West Ham United di anfield akan memberikan keputusan yang mengembirakan kita penyokong Liverpool. Pada perlawanan ini nampaknya para pemain dan seluruh pasukan perlu mengubah corak permainan dan kawalan bola jika tidak mahu mimpi ngeri yang tidak dapat dibayangkan jika Liverpool tumpas di Anfield dengan pasukan tercorot dalam liga.sekian YNWA

maklumat perlawanan:

Liverpool:
Reina, Carragher, Kyrgiakos, Skrtel, Konchesky; Meireles (Ngog 66), Lucas, Gerrard, Maxi (Babel 73); Kuyt, Torres.

Stadium : Britannia Stadium
Jumlah penonton : 27286
Pengadil utama: M. Halsey
Penjaga garisan: S. Child dan B. Smallwood
Pengadil keempat: H. Webb


comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger