Warkah kepada Liverpool Fan



Dari seseorang yang bernama penyokong Liverpool FC

Ditujukan kepada semua penyokong Liverpool FC



Pada tarikh keramat ini (2.10.2010) pasti akan diingat oleh semua penyokong Liverpool seluruh dunia, dan sebab tarikh ini akan diingat sebab pasukan kita menang perlawanan kelas dunia seperti final liga juara-juara pada tahun 2005 lalu, tetapi ianya akan diingati kerana pasukan kita yang tercinta ini kalah dengan pasukan bukan pilihan di halaman sendiri. Disini saya menulis bukan lah untuk menyalahkan sesiapa yang berkenaan tetapi hanya lah untuk meluahkan perasaan yang terbuku dalam hati ini.

Walaupun dalam mood berkabung dan sedih akan kekalahan ini. Cakap pun dah tidak berguna lagi nasi dah jadi bubur dengan kekalahan Liverpool ini kita sekarang berada pada kedudukan nombor tiga terbawah alangkah sedih melihatnya. Memanglah banyak pendapat mengatakan terlalu awal untuk menilai Liverpool masih banyak lagi perlawanan boleh dikumpul atau dalam bahasa Inggeris nya its still early, they can turn this around "not a big deal".

Memang saya pun berharap Liverpool akan bangkit kembali . Pendapat saya, memang betul berkenaan hal tersebut tetapi ini harus diubah dan diperbaiki kerana, apabila kerap mendapat keputusan seri dan kalah hal ini secara tidak langsung akan menjejaskan emosi dan prestasi pemain. Jika kita lihat dalam permainan bola sepak selalu disebut perkataan “prestasi semasa pemain”. Apabila bercakap tentang istilah ini ianya bersangkutan dengan emosi dan ketenangan apabila bermain dalam padang. Bukan apa!! Jika keputusan buruk seperti ini terjadi saya risaukan emosi pemain akan terjejas seterusnya memberi impak negatif apabila bermain dalam 90 minit dalam sesebuah perlawanan.

Hal ini adalah bertepatan dengan apa yang terjadi pada pemain Liverpool sekarang, seperti yang kita tahu pemain Liverpool kebanyakannya mempunyai kelas yang tersendiri kerana sebahagian besar daripada mereka adalah pemain yang baik dan mewakili negara masing-masing. Jika golongan yang selalu mengkritik dan menekan mereka untuk mendapatkan kemenangan sudah pastilah ini akan memberi tekanan yang besar kepada mereka. Manakala dari aspek seperti pengurus kita Roy Hodgson terus dikecam sebagai penyebab kepada semua kegagalan untuk Liverpool sudah pastilah dia turut merasakan bahang yang menekan beliau. Ini akan menyebabkan beliau tidak dapat membuat keputusan dengan rasional untuk menghadapi perlawanan untuk Liverpool yang seperti kita semua tahu semakin berliku dan penuh dengan onak berduri.

Mungkin ada yang tidak setuju dengan apa yang saya kata kan ini. Al maklum lah ini cuma pendapat saya sebagai seorang penyokong yang benar mencintai pasukan yang bernama Liverpool ini. Dan apa terpenting cuba saya sampaikan disini adalah kita sebagai penyokong Liverpool jangan lah terlalu sedih dengan apa yang terjadi kerana pasti ada hikmah disebalik semua ini. Dan saya tidak dapat menjanjikan hikmah tersebut hikmah yang baik atau buruk.

Dan yang pastinya disini jangan lah behenti menyokong Liverpool kerana pada masa genting seperti ini sesungguhnya kita sepatutnya bersatu dan terus, terus, terus sokong pasukan yang kita cintai ini. Dan akhir sekali ketahuilah seluruh pihak yang berkait dengan Liverpool memerlukan kita sebagai pemberi semangat kepada seluruh tenaga kerja yang terlibat dalam mengerakkan pasukan yang bernama Liverpool Football Club ini.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger