spekulasi perpindahan terbaru LFC


Ryan Shawcross

Bos Liverpool Roy Hodgson ingin mendapatkan pemain tengah Stoke City Ryan Shawcross dalam senarai pemain yang ingin dibawa ke Anfield pada musim perpindahan Januari ini. Dilaporkan bahawa Shawcross bernilai £ 10 juta yang telah dinyatakan oleh Stoke City, namun bekas kelabnya, Manchester United dikhabarkan telah membuat perjanjian terdahulu jika Stoke memutuskan untuk menjual pemain ini.

Disamping itu Hodgson telah melihat bnyak kelemahan pada bahagian pertahanan dan keadaan ini perlu mempunyai langkah untuk mengatasinya dan langkah terbaik adalah mencari pemain perlapis untuk dijadikan sebagai plan jedua jika berlaku apa-apa masalah.

Dalam keadaan Jamie Carragher adalah pada tahap veteran sementara Martin Skrtel dan Daniel Agger yang prestasi mereka pada tahap turun naik ( tidak konsisiten) langkah untuk mencari pertahanan muda sebagai keutamaan Roy pada musim perpindahan januari ini.

Antoine Griezmann

Hodgson juga mempertimbangkan mendapatkan Antoine Griezmann dengan harga £ 6m dari Real Sociedad. Tetapi pasukan ini tidak mahu melepaskannya. Dikhabarkan juga Pablo Hernandez pemain yang kini berada di pasukan Valencia juga dalam pemerhatian bos Liverpool ini yang ingin mengkukuhkan barisan pertahanan Liverpool.

Dan yang terakhir adalah Edin Dzeko dari Wolfsburg, pemain berasal dari Bosnia juga sedang berada dalam radar pemerhatian Roy tetapi hajat Roy untuk membawa pemain ini mungkin mengalami sedikit masalah kerana seperti Manchester City dan Juventus juga berminat untuk mendapatkan pemain ini yang bermain pada posisi penyerang. Dzeko juga telah menjaringkan 61 gol dalam 100 penampilan untuk Wolfsburg pada pendapat saya ( penulis) berdasarkan statistik ini menunjukan ketajaman yang baik untuk membantu Liverpool mendapat kemenangan.

Edin Dzeko

Harus diingat berita ini hanya spekulasi sahaja, dan tidak ada hitam dan putih dalam perpindahan bagi Liverpool FC.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger