Maaf dari Dirk Kuyt



Bekas pemain Liverpool Alan Hansen mengatakan bahawa pada kekalahan semalam semasa Liverpool menentang Blackpool telah dimalukan dan ini merupakan kekalahan terburuk dalam sejarah Liverpool Fc.

Dan sebagai pemain yang beraksi Kuyt mengakui ini merupakan kekalahan terburuknya selama menjadi pemain Kepada Liverpool. Tambah Kuyt lagi…….

"ini benar-benar mengecewakan," kata pemain Belanda ini , tetapi ini tidak bererti pasukan akan terus kalah pada masa hadapan . saya akui kekalahan ini telah mengecewakan semua peminat dan peyokong pasukan ini dan perkara pertama yang perlu dilakukan oleh kami pemain adalah untuk memastikan perkara seperti malam semalam tidak akan berulang lagi dimasa hadapan”.

Dan Pengurus Liverpool Roy Hodgson , mengakui bahawa beliau dan para pemain mempuyai banyak yang perlu diperbaiki untuk memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Dalam hal sebegini kami semua harus berkerja dalam satu pasukan untuk memastikan perkara ini tidak akan berulang lagi. Tambah Roy lagi, peristiwa kekalahan dengan Blackpool ini akan menaikkan lagi semangat pemain untuk terus berjuang dalam kempen liga pada hari menendatang.

Roy juga mengulas tentang perlawanan pada malam semalam yang mengatakan pada separuh masa pertama Blackpool bermain dengan baik dan telah menjaringkan dua gol tetapi pada separuh masa kedua Liverpool terus mengasak tetapi hanya satu gol sahaja berjaya dihasilkan.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger