Menanti 15 oktober 2010.


Mungkin ada yang belum tahu apakah peristiwa akan terjadi pada tarikh keramat ini dan bagi yang sudah tahu disini saya ingin menceritakan serba sedikit mengenai apa yang akan terjadi pada tarikh ini. Sebenarnya pada tarikh ini adalah tarikh dimana kita akan mengetahui apakah akan berlaku perubahan di bahagian barisan pemilik Liverpool yang sebelum ini kita tahu adalah milik kepada dua pemilik Amerika Syarikat yang tidak tahu apa-apa mengenai bola sepak.

Fakta ini bukan sekadar cakap kosong kerana pernyataan ini saya ambil dari pernyataan yang dikeluarkan oleh Rafa Benitez yang mengatakan kedua pemilik Liverpool ini hanya tahu menjalankan perniagaan dan ingin mendapatkan untung sahaja. Tambah Rafa lagi dalam , dua tahun terakhir di Anfiled berang kepada Hicks dan Gillet. Faktor utamanya karena pelatih berasal Spanyol ini gagal mendapatkan pemain yang ingin dibelinya bagi memantapkan Liverpool sebagai pasukan di dalam Eropah.

Di bawah kepemimpinan dua orang rakan kongsi ini, kini The Reds kini berhutang 237 juta pound pada Royal Bank of Scotland (RBS). Jika pada tarikih 15 Oktober dimana mereka berdua akan dipanggil oleh chief RBS untuk menenukan status mereka sebagai Pemilik Liverpool. Harapan peminat Liverpool pastinya dua pemilik ini akan menjual Liverpool kepada pemilik yang benar-benar layak untuk membangunkan Liverpool dari segenap aspek. Tetapi menurut sumber proses penjualan akan mengalami sedikit masalah kerana harga yang ditawarkan oleh Hicks dan Gillet adalah pada mencapai 600 juta pound, dan agak sulit rasanya ada pembeli yang benar ingin memiliki Liverpool dalam masa yang singkat ini

Turut menyokong proses penjualan ini adalah persatuan penyokong Liverpool dari seluruh dunia yang bersatu dibawah payung persatuan Spirit of Shankly, giat mendesak co-owners Tom Hicks dan George Gillet menjual Liverpool kepada pemilik yang baru. Laporan Liverpool Echo yang berbunyi , Spirit of Shankly takkan berhenti mendesak Hicks-Gillet . serta khabar angin menyatakan bahawa menyebutkan penyokong dari seluruh dunia bakal melakukan aksi boikot dengan tidak membeli jersey dan cerderahati asli yang dikeluarkan oleh Liverpool.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger