Dikhabarkan menurut sumber dailymail yang mengatakan pemain yang berusia 27 tahun ini, telah menarik perhatian Liverpool semasa dia menjaringkan hat-tricks untuk kelabnya iaitu Zenit St Petersburg yang berpengkalan di bandar yang bernama Saint Petersburg. Dijangka pemain ini juga menjadi sasaran Liverpool untuk memperkuatkan barisan penyerang untuk mengharungi perlawanan dalam liga perdana yang semakin mencabar untuk The Reds. Manakala berita terhangat pada hari ini yang mengatakan bahawa Manchester United ini mendapatkan penyerang pasukan kesayangan kita iaitu Fernando Torres.
Menurut sumber mengatakan bahawa Old Traffod akan menawarkan kos perpindahan sebanyak 50 juta pound untuk Torres dengan menjadikan striker asal Spanyol itu sebagai pembawa citra baru mereka bagi mengantikan Wayne Rooney yang kini sedang hangat diperkatakan akan berpindah ke Manchester City ataupun ke Chelsea.
Pelatih Manchester United, Sir Alex Ferguson sudah lama mengagumi Torres. Tapi, dia kalah bersaing dengan Rafael Benitez semasa memperebut Torres dari Atletico Madrid, tiga tahun lalu. Kini, dengan kemungkinan Rooney meninggalkan Old Trafford, Fergie terpaksa harus menemukan penyerang kelas dunia lain. Dan, Torres dikatakan ada dalam senarai teratas jika Rooney meninggalkan United pada musim perpindahan januari ini. Sungguhpun begitu, Fergie juga harus bersaing dengan Barcelona yang juga sedang mengintai Torres.
Pembelian Torres akan terlaksana apabila penjualan Rooney mencapai 75 juta pound. Dan ini akan menyebabkan pembelian Torres juga akan bermanfaat bagi Manchester United dari sisi komersial dan pengiklanan . Pada pendapat saya ini hanyalah agenda dan spekulasi yang sahaja diperlakukan oleh Ferguson untuk mengemparkan Liverpool dan kita semua penyokong Liverpool. Kita semua tidak perlu risau kerana pemilik baru kita telah berjanji bahawa Gerrard dan Torres tidak akan dijual. Dan jika mr hicks ada lagi sebagai pemilik Liverpool mungkin ini akan terjadi, tetapi kini kita mempunyai New England Sports Ventures A.K.A John henry yang sedang sedaya upaya untuk membangunkan Liverpool.

0 comments:
Post a Comment