Kini Ibrahim Afellay dalam radar Liverpool


Sejumlah kelab Liga perdana sedang mempersiapkan perancangan untuk membawa pamain kebangsaan Belanda Ibrahim Afellay yang kini bermain untuk PSV Eindhoven saat kontraknya berakhir pada akhir musim ini.

Striker Belanda itu juga boleh mencetuskan perang tawaran harga antara kelab besar Liga Perdana Inggeris yang bermusuh itu pada bulan Januari, dengan harapan untuk keluar enam bulan lebih awal atas harga yang berpatutan. Dan jika ini berlaku maka akan member keuntungan kepada pasukan yang berjaya membawa pemain ini ke kem latihan mereka. Situasi dan prestasi pemain ini telah menarik perhatian pasukan seperti Arsenal, Manchester United, Liverpool dan Everton.

Namun menurut sumber dailymail berkata,bahawa pemain ini telah menolak untuk menyertai Gunners walaupun rumor tentang pengurus Arsene Wenger telah menyimpan minat selama 18 bulan terakhir telah tersebar luas. Afellay, yang menjaringkan gol untuk negaranya di kelayakan Euro 2012 menentang Sweden awal minggu ini, berkata, "Bermain di Liga Perdana akan menjadi yang terbaik untuk saya." dan "Saya ingin bermain untuk Liverpool atau Manchester United, prospek yang sangat tinggi untuk setiap pemain."

Pengurus liverool,pak cik Roy Hodgson kita tampaknya akan menjadi orang sibuk di bursa pertukaran pemain yang akan datang ekoran permulaan musim yang teruk buat skuadnya musim ini. Pada bulan Januari, kelab yang dimiliki oleh pemilik baru akan memilih pemain yang berpotensi dengan Afellay sebagai target yang menjadi isu.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger