Liverpool dan Manchester United mahu mendapatkan Steven Defour

Liverpool kini sedang bersaing dengan Manchester United untuk mendapatkan pemain yang berasal dari Belgium yang kini bermain dengan pasukan Standard Liège. Pemain ini merupakan kapten kepada pasukan yang berpengkalan di bandar yang bernama Liège ini. Dan pemain yang sedang direbutkan ini ialah Steven Defour, yang merupakan pemain di posisi attacking midfielder atau centre midfielder. Pemain ini pada mulanya dikaitkan dengan perpindahan ke Old Trafford tetapi kini Liverpool juga dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain ini.


Gambar semasa Liga juara-juara 2008 ( antara Steven Defour dan kepten kesayangan Kita )

Sejak berlakunya pertukaran pemilik baru NESV, dikatakan kini Liverpool mempunyai baget yang cukup untuk membeli permain ini pada musim perpindahan Januari mendatang. Jika perpindahan ini berjalan lancar mungkin akan mengembalikan ketajaman bahagian tengah Liverpool dan Milan Jovanović akan berasi berganding dengan pemain ini kerana sebelum ini mereka telah biasa bermain untuk pasukan Standard Liège yang merupakan kelab lama milan sebelum menyertai Liverpool pada musim perpindahan awal musim ini.


Alex Ferguson menghantar surat ini untuk Defour tahun lalu( atas kecederaan yang dialami Steven Defour)

Dingatkan bahawa ini hanya spekulasi sahaja dan tidak mengambarkan keputusan yang diambil Liverpool secara sah

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger