Setelah kekalahan 2-0 semasa menentang Everton di Goodison Park nampaknya Awan kelam kian menyelimuti pasukan yang kita cintai ini. Beberapa minggu yang lalu, saya ada mengatakan bahawa dalam penulisan saya yang berbunyi saya setuju dengan apa yang dilakukan oleh ROY. Tetapi pada kali ini minta maaflah saya tidak mampu untuk berkata seperti itu lagi. Kerana awan gelap semakin menyelubungi Liverpool, dan semakin hari semakin parah akibat apa yang dilakukan oleh Roy untuk kita semua.
Sedar atau tidak sedar ini merupakan kekalahan ke empat yang dikutip oleh Liverpool dalam kempen perlawanan liga perdana pada musim ini, melihat pada gaya permainan, selaku peminat yang menyokong pasukan The Reds ini. Terus terang saya katakana bahawa saya tidak tahu apakah dan dimana silapnya pasukan yang bernama Liverpool ini.
Kalau hendak kata kan pemain yang menyebabkan perlawanan ini menjadi sebegini, adalah tidak patut kerana jika kita lihat pemainan pada malam tadi, semua pemain bemain dengan bersungguh-sungguh dan bermati-matian untuk mendapatkan kemenangan. Kalau nak katakana pihak pengurusan yang salah, adalah tidak mungkin kerana kita baru sahaja mendapat pemilik baru yang berwibawa dibawah pimpinan John W Henry. Mungkin sebahagian besar peminat Liverpool mengatakan bahawa punca sebenar kekalahan pada malam tadi semasa menentang Everton adalah disebabkan oleh Roy hodgson. Secara jujurnya saya juga menyokong pendapat ini yang mengatakan Roy adalah puncanya Liverpool terperosok ke dasar Liga pada tangga ke 19. Namun saya juga memikirkan sesebuah fakta yang mengatakan bahawa dalam sesebuah perlawanan bola sepak hanya 20% penentuan kemenangan ditentukan oleh pengurus ataupun pengendali pasukan dan selebihnya sebayak 80% ditentukan oleh pemain yang beraksi dalam padang.
Mungkin ada yang tidak setuju dengan apa yang saya kata kan ini, tetapi ini adalah pendapat dari saya sebagai penulis yang menulis berdasarkan ilmu yang sedikit mengenai sukan bola sepak ini. Dan apa yang saya nak tegaskan disini, jika pihak pengurusan tertinggi Kelab ingin mencari pengurus baru untuk pasukan kita ini, harap pihak pengurusan mencari pengurus yang benar-benar berwibawa yang boleh mengembalikan senyuman kepada seluruh peminat pasukan yang penuh dengan sejarah ini.
Akhir kata dari saya ( penulis) saya sememangnya menghormati Roy hodgson, tetapi untuk saya menghormatinya sebagai pengurus Liverpool. Maaf tidak ada lagi rasa hormat pada mu lagi Roy.
Dan pada seluruh peminat Liverpool ingatlah, pada akhir ribut dan gelora ini pasti akan tiba sinar dan harapan baru yang akan menerangi langit. Keep the faith in Liverpool.
Liverpool, the Reds, THE KOP now and forever

0 comments:
Post a Comment