MATCH Preview Matchday 8: Everton - Liverpool


Setelah mengharungi hari-hari yang sukar untuk menentukan pemilik baru. Kini kita kembali kepada tujuan asal kita untuk kembali memenangi perlawanan dalam kempen liga perdana. Dalam perlawanan ke lapan, kali ini kita akan melawat ke Goodison Park untuk menentang pasukan jiran dan boleh dikatakan sebagai musuh tardisi kita. Dalam perlawanan yang bakal hari ahad ini, kita sememanya mempunyai misi yang besar untuk kembali mendapat kemenangan untuk membolehkan Liverpool mengambil tiga mata berharga untuk menaikkan kedudukan pasukan kita kedalam saingan Liga perdana.

Jika dilihat dari aspek statistik perlawanan antara kedua-dua pasukan dalam lima perlawanan yang lepas, memang jelas menunjukkan Liverpool hanya memang dua kali sahaja dalam lima pertemuan. Sememangnya The Toffees sebuah pasukan yang sukar untuk ditentang, serta harus dingat The Toffees dalam musim ini pernah mengikat Man Utd dengan jaringan 3-3 semasa mereka melayan kunjungan man utd. Kita juga mengalami sedikit masalah yang boleh dinamakan “Double Trouble”, kerana pemain utama kita Dirk Kuyt dan Daniel Agger yang kecederaan semasa beraksi untuk negara masing pada minggu lepas.

Dalam perlawanan ini juga barisan pertahanan perlu mengawasi Tim Cahill iaitu pemain Midfielder yang berbakat dalam pasukan Everton, kerana pemain ini selalu berjaya meloloskan diri untuk merobek gawang lawan. Harap dengan pertukaran pemilik baru berlaku pada semalam, dapat memberikan semangat baru kepada pemain Liverpool untuk bermain dengan sepenuh hati untuk kembali membawa budaya menang untuk pasukan yang kita cintai ini.

Barisan kemungkinan Liverpool : Pepe Reina, Glen Johnson, Jamie Carragher, Martin Skrtel, Paul Konchelsky, Christian Poulsen, Steven Gerrard, Raul Meireles, Milan Jovanovic , Joe Cole, Fernando Torres
Simpanan: Brad Jones, Soto Kyrgiakos, Martin Kelly, Jay Spearing, Lucas Leiva, David Ngog, Maxi Rodriguez

comment 3 comments:

sale_ehs gerrard on October 17, 2010 at 4:57 AM said...

aku berharap sgt kenangan pahit yg lalu mnjadikan liverpool lebih dewasa. bkn hanya brubah owner saja, tp berubah segalanya. semoga mlm nnti milik kt.. YNWA

Anonymous said...

agree~!

Darion Daron said...

betul sokong semoga perlawanan akan datang mengembalikan keyakinan semua fan dan yang paling penting keyakinan pemain the reds

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger