Tarikih keramat 15.10.2010




Pada tarikih keramat ini 15.10.2010 akan menjadi dalam kamus hidup saya dan semua penyokong Liverpool tidak kira dimana jua anda berada. Dan tarikih ini bukan lah dikenang dan diingati kerana pasukan yang kita cintai ini menang dalam perlawanan besar seperti perlawanan liga juara-juara atau pun memang dengan Manchester United dengan jaringan yang besar. Tetapi tarikh ini akan dikenang sebagai tarikih yang menunjukan bahawa Liverpool tidak tidak mudah mengaku kalah walaupun pelbagai rintangan dan halangan yang berlaku dalam perjalanan mencari pemilik baru yang akan memberi sinar kegemilangan kepada pasukan yang bernama LIVERPOOL FC ini.


Disamping itu sekali lagi New England Sukan Ventures mengumumkan bahawa dengan secara rasminya mereka telah menyelesaikan pembelian Liverpool Football Club. Dengan kesempatan ini pemilik baru Liverpool iaitu NESV ingin menyampaikan terima kasih yang tulus ikhlas kepada Majlis pergurusan Liverpool FC atas ketekunan dan usaha mereka atas nama Kelab dan kepada semua yang berkerja keras dalam menjayakan proses pembelian ini.

berikut kata-kata dari individu yang terlibat bagi menjayakan proses pembelian ini......

Pemilik NESV “John Henry” berkata:


"Atas nama seluruh ahli NESV , saya ingin memperkatakan bahawa kami sangat bangga dan rendah hati dimana kami NESV akhirnya berjaya diiktiraf sebagai pemilik baru kepada Liverpool FC. Kami menganggap peranan kami sebagai pelayan kepada kelab dan kini fokus utama kami adalah untuk mengembalikan era kegemilangan pasukan ini dalam jangka masa panjang. Dan kami mahu seluruh peminat tahu bahawa hadirnya kami disini adalah untuk mengubah segala apa yang telah berlaku selama in, seterusnya mengembalikan Liverpool sebagai pasukan yang dihormati oleh pasukan-pasukan lain. "

Pengarah urusan Liverpool Martin Broughton, berkata:


"Saya senang bahawa kami telah berjaya menyelesaikan proses jualan secara menyeluruh. Semua ahli lembaga pengarah memutuskan untuk menerima tawaran NESV atas dasar bahawa mereka memenuhi segala kriteria yang kami inginkan. Dengan berlakunya pertukaran ini akan memberikan sinar baru kepada pasukan dari segala aspek, iaitu aspek kewangan, pengurusan dan sekaligus memberi keyakinan baru mengenai masa depan Liverpool FC”


Pengarah NESV Thomas Werner berkata:


"Kami mengakui bahawa Liverpool Football Club merupakan sebuah pasukan yang mempunyai sejarah dan disukai oleh masyarakat dan para peminat. Langkah pertama kami sebagai pemilik baru adalah untuk mendengar segala penjelasan oleh pengurus, pemain untuk melancarkan segala percaturan mengenai pembanguanan Kelab. Apa yang menjadi matlamat utama kami adalah mengembalikan budaya menang dalam pasukan serta mengembalikan kepercayaan peminat kepada pasukan ini”.

tambah Thomas Werner lagi.....

"NESV komited untuk mencipta landasan perancangan jangka panjang dan jngka pendek dari aspek kewangan yang kuat bagi kelab. Bagi hari-hari mendatang NESV akan berkerjasama dengan tenaga kerja Liverpool FC untuk belajar tentang segala aspek dalam organisasi bagi mencipta persekitaran yang terbaik untuk pasukan”.


comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger