NESV dalam peringkat akhir untuk membeli Liverpool



Liverpool telah menetapkan dan mengesahkan kelab dalam proses akhir pembelian oleh New England Sports Ventures iaitu pemilik kepada Boston Red Sox.

Disebalik berita ini terdapat juga berita yang kurang sedap didengar, dimana Hicks dan Gillet telah menyatakan bahawa mereka akan menuntut untuk £ 1 bilion disebabkan mereka percaya, proses pertukran hak milik dan penjualan Liverpool kepada NESV adalah "haram dan tidak sah” dan kedua pemilik dari amerika ini akan mengancam dan melancarkan tindakan undang-undang yang akan mengakibatkan Liverpool akan disaman sebanyak £ 1 bilion.

Sebuah kenyataan dari Hicks dan Gillet wakil New York mengumumkan mereka menuntut lebih dari "sebuah penipuan yang luar biasa", tetapi sepertinya menerima bahawa mereka akan harus melepaskan pemilikan kelab.

Steve Stodghill, peguam yang mewakili Texas duo, berkata: "Keputusan ini tidak hanya merendahkan kelab tetapi juga akan mengakibatkan ketidakpastian dalam tempoh jangka panjang, Pemain dan peminat bagi pasukan ini, sememangnya mencintai sukan ini dan pasukan ini.

Pada pendapat saya (penulis) , sememangnya hal ini mengembirakan kita dan kita sememangnya gembira mendengar berita ini, dan berkenaan hal sama dimana Hicks dan Gillet yang ingin menfailkan saman, seharusnya kita berikan tugas ini kepada NESV dan lembaga tertinggi Kelab untuk menyelesaikan hal ini. Dan jika penjualan ini dapat berjalan dengan lancar, saya berharap agar pemilik baru dapat memajukan kelab dan mengubah Liverpool kepada pasukan yang mampu bersaing dan kembali memperolahi kemenangan untuk seluruh peminat di seluruh dunia yang mencintai pasukan ini. Akhir kata ingin saya sampaikan sesungguhnya Liverpool ini bukan sekadar kelab, tetapi Liverpool adalah kerluarga.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger