Kata-kata dari John W. Henry


Pemilik Baru Liverpool John W. Henry Bertemu penyokong tetapi menolak untuk membahaskan mengenai anggaran perbelanjaan perpindahan januari depan atau mengenai Perkembangan Stadium. Beliau dan Tom Werner, ketua kepada New England Sukan Ventures (NESV), bertemu dengan beberapa anggota kumpulan penyokong dan ahli politik yang mempunyai kepentingan dalam Liverpool telah membincangkan masa depan kelab dalam pertemuan tersebut.

Tambah Henry lagi….

Bos Liverpool itu mengungkapkan, dia telah belajar banyak dari perbincangan tersebut "saya sangat gembira dan kini kami akan mula bekerja dan melakukan perubahan untuk Liverpool," kata Henry pada Sky Sports News. "Kami bertemu dengan kumpulan penyokong pada hari ini. Henry percaya pengikut setia kelab telah menderita dalam beberapa tahun terakhir setelah pemilik sebelumnya George Gillett dan Tom Hicks enggan untuk melakukan sebarang perubahan pada kelab dan keadaan itulah yang menyebabkan banyak peristiwa buruk berlaku dalam tempoh tersebut. Dan kini tambah Henry dan pada masa kini beliau berjanji tidak mengulangi segala apa yang dilakukan oleh pemilik sebelum ini. Beliau juga percaya dan yakin bahawa para peminat berhak untuk memberikan pandangan mengenai perkembangan.

Pada anda semua hayati lah kata-kata ini yang dikeluarkan sendiri oleh John Henry:

"Ada begitu banyak kerja hendak dibuat di sini dan ia akan ambil masa. Ada isu kewangan yang besar tapi akhirnya kami memutuskan yang kami benar-benar mahu bersaing di tahap ini.

"Kami kena jadi bijak, berani dan agresif kerana ia cabaran yang hebat. Ada banyak kali apabila kami berfikir ia cabaran yang terlalu besar tapi kelab ini begitu berbaloi - dan kami gembira dengan cabaran tersebut."

Bagi saya (penulis) pasti dalam sedikit masa lagi, dengan kehadiran NESV seluruh tenaga kerjanya pasti akan membawa perkembangan positif untuk kelab dan yang paling penting membuatkan nama Liverpool megah di serata dunia. Akhir kata NYWA dari saya.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger