Mengenai Alexander Kerzhakov yang kini dalam radar Liverpool


Zenit St Petersburg FC akan cuba sedaya upaya untuk menghalang Liverpool untuk mendapatkan Alexander Kerzhakov kata Bos pasukan Zenit St Petersburg iaitu Luciano Spalletti. Dia juga mengatakan bahawa gaya permainan antara Liga Inggeris dengan Liga rusia adalah amat berbeza saya pasti jika pemain ini ke liga Inggeris, pasti akan menjadi kurang menyerlah dan sekaligus tidak dapat menunjukkan prestasi terbaiknya di sana kelak.

Tambah bos Zenit St Petersburg itu lagi......

Jika jika Kerzhakov masih muda,saya akan mengesyorkan dia untuk bermain di Eropah. Bahkan ini akan menjadi titik tolak kepada nya untuk mendapat pengalaman dan kemajuan dalam prestasi nya, tetapi ternyata dia sudah hampir melewati lingkungan 30 an. Dan apa yang terbaik untuknya adalah tetap di pasukan ini dan bermain dengan sepenuh hati untuk Kelab ini dan pasukan kebangsaan. Jika ini diteruskan bahawa dia (Alexander Kerzhakov) akan dapat beraksi dengan baik untuk kelab dan pasukan kebangsaannya iaitu Rusia.

Dan Kerzhakov seharusnya ingat mengenai sejarah buruknya semasa berada di Sevilla dimana dia hanya menjaringkan 11 gol dalam dua musim, dan selepas itu dia ke Dynamo Moscow dan disana juga prestasinya tidak menyinar. Hanya apabila bermain di disini (Zenit St. Petersburg) dia dapat menemui sentuhan berbisanya. Saya berharap dia tidak akan meninggalkan kelab ini kerana disini sahaja lah tempat yang terbaik untuk dia beraksi.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger