Hanya satu gol untuk Toress kembali ke prestasi terbaiknya.



Roy Hodgson mengakui Fernando Torres telah berenang untuk mendapatkan kepercayaan diri untuk kembali ke Prestasi terbaiknya. Namun Roy tetap yakin dan positif bahawa striker ini akan menamatkan menamatkan kemarau gol nya dalam masa terdekat ini.

Tambah Roy lagi....

Pemakai jersi nombor 9 ini telah berjuang untuk kembali mencapai ke prestasi terbaiknya sejak hanya menjaringkan satu gol dalam 10 penampilan. Namun, selaku pengurus Liverpool Roy tetap positif dan merasa ada tanda-tanda pemain Sepanyol ini semakin kembali ke prestasi terbaiknya dan menganggap satu gol boleh menjadi pemangkin untuk kembali menemui sentuhan gol yang ditunggu-tunggu oleh kita semua.

Disamping itu juga Joe cole meluahkan rasa yakin nya kepada pemilik baru Liverpool, setelah dia berjumpa dengan pemilik ataupun bos besar Liverpool iaitu NESV. Cole juga mengatakan bahawa dia akan berjuang dengan sepenuh hatinya untuk menaikkan nama Liverpool disamping itu juga, pemain yang memakai no 10 dalam squad Liverpool kagum dengan apa yang diperlakukan dan dipertunjukkan oleh John Henry dan Thomas Werner dimana mereka tampak asli dan ghairah untuk melakukan perubahan untuk Kelab ini.

Saya yakin dan pasti bahawa Nesv dan segala tenaga kerja nya adalah pemilik yang tepat untuk membentuk kembali Liverpool dan membangunkan Liverpool dari segala aspek.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger