Liverpool Tanpa Torres dan Gerrard di Liga Europa


Liverpool takkan turun dengan kelibat Fernando Torres dan Steven Gerrard dalam perlawanan Liga Europa melawan Napoli, Jumaat ini di Stadium San Paolo, Naples.

Roy Hodgson memilih tidak akan menurunkan kedua tulang belakang pasukan Liverpool ini kerana menghadapi perlawanan dalam liga perdana yang kini semakin berliku untuk dihadapi oleh pasukan yang kita cintai ini. Dalam perlawanan pada minggu ini, kita akan turun menentang Blackburn Rovers di Anfield. Sebagai gantinya, Hodgson akan memberikan kesempatan kepada Ryan Babel dan David NGog untuk bermain di Eroupa menentang Napoli.

"Saya akan meninggalkan beberapa pemain, itu yang pasti," ungkap pelatih Liverpool tersebut .kepada sumber Goal.com. Beberapa pemain senior tidak akan tampil pada perlawanan tersebut kerana, saya merasakan perlawanan pada minggu ini amat penting dan kami mesti menang dalam perlawanan tersebut.
Disamping itu, turut menyatakan bahawa selain Torres dan Gerrard yang tidak akan diturunkan, diantaranya adalah Daniel Agger, Glen Johnson dan Dirk Kuyt serta Christian Poulsen juga tidak beraksi pada perlawanan tersebut keranan masalah kecederaan yang dialami oleh mereka.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger