Spekulasi mengenai Babel dan Niko Kranjčar



Liverpool sedang berlumba dengan Aston Villa, untuk mendapatkan pemain yang kini bermain untuk Tottenham Hotspur Niko Kranjčar.

Liverpool adalah pasukan ketiga yang tertarik dengan pemain yang berasal dari Croatia yang dikatakan beminat adalah Aston Villa dan Monaco. Pemain tengah yang berharga sekitar £ 8m sukar untuk mempertahankan tempatnya di Tottenham, terutamanya selepas kedatangan pemain dari Belanda Rafael Van Der Vaart.

Dengan Liverpool kini dalam proses pengambilalihan dimana NESV akan mengambil alih pegurusan tertinggi Liverpool walaupun NESV belum mengungkapkan apa pendapat berkenaan hal ini namun Liverpool akan cuba untuk mendapat dana sekitar £ 8m untuk mendapatkan pemain ini

Disamping itu juga kelab dari Sepanyol “ Malaga “ dikatakan berminat untuk menandatangani perjanjian dengan penyerang Liverpool Ryan Babel kontrak pinjaman pada bulan Januari akan datang. Striker Belanda berumur 23 tahun ini setakat ini belum pernah sebelas pemain pertama di Anfield sejak berpindah ke Liverpool pada tahun 2007.


Dan di bawah pengurusan Roy Hodgson, Babel telah membuat hanya dua penampilan singkat untuk The Reds sebagai pengganti di saingan Liga perdana. Sumber dari Sepanyol melaporkan bahawa Malaga tertarik pada kesepakatan pinjaman untuk bintang Liverpool ini. Namun, keputusan untuk tawaran ini hanya akan dapat diteruskan apabila sehingga pertempuran pemilikan di Anfield diselesaikan.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger