Semangat Jova dan Lucas masih membara

Milan Jovanovic hari ini memuji peranan yang diberikan oleh para penyokong dan segala sokongan padu kepada pasukan adalah salah satu kunci Utama dalam kemajuan kami dalam selama dua pertandingan terakhir

"Para penyokong di sini sangat memahami keadaan kami dan dan saya sokong yang tidak berbelah bagi ini telah membuatkan saya dan pasukan terdorong untuk kembali beraksi pada tahap yang terbaik seterusnya mendapatkan kemenangan. Kata pemain yang berusia 29 tahun tersebut.

"Di kelab lain, ketika pasukan beraksi dengan buruk, mereka mula untuk mengkritik, tapi di sini mereka tampaknya cuba dan membantu pasukan bahkan lebih. Itu hal yang istimewa yang tidak terdapat di pasukan lain hanya terdapat di Liverpool."
Tambah Jovanovic lagi…..
"Saya yakin semua pemain boleh menjadi lebih baik dan kita dapat bermain sebagai pasukan. Semua orang berusaha keras dalam sesi latihan untuk melakukannya dengan betul”.


Disamping itu juga pemain brazil menyatakan tekanan masih ada tapi yang paling penting kini pasukan dan pemain bersatu dan mesti percaya pada diri sendiri.

Berikut kata-kata Lucas …..

Liverpool tetap berada di zon penyingkiran, namun pertarungan di jadual begitu hebat musim ini hinggakan satu kemenangan boleh mengangkat kelab sehingga tempat ketujuh dalam liga dan mereka kini hanya enam mata di belakang Tottenham Hotspur, yang menduduki tempat keenam bagi layak menyertai Liga Eropah.

Dia menyatakan kepada laman web rasmi kelab, "Kami begitu tertekan sebelum bertemu Blackburn dan secara jujur kami masih begitu kerana kami bukan dalam kedudukan yang selesa di liga, namun kami percaya pada diri kami sendiri."

"Kami akan menghadapi perlawanan berikutnya dengan keyakinan diri yang lebih dan mudah-mudahan kami boleh memenangi beberapa permainan berturut-turut."

"Kami perlu ke Bolton dan cuba untuk bermain dengan cara yang sama kami lakukan di Anfield. Tentu sekali kami akan berpeluang memenangi perlawanan jika kami berjaya mengulanginya."

"Kami hanya enam mata di belakang empat pasukan teratas dan itu menunjukkan bagaimana kompetitifnya persaingan di liga. Jadi, jika kami boleh memenangi dua atau tiga perlawanan secara berturut-turut, tentu kami akan berjaya sampai ke sana."

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger