6 PROSPEK PERPINDAHAN TERBARU


Ádám Szalai
Pernah bermain untuk Real Madrid's B. Yang merupakan pemain kelahiran Hungary kini bermain di pasukan FSV Mainz 05 dan juga bermain untuk pasukan kebangsaan Hungary dimana pemain ini telah menjaring 4 gol daripada 5 penampilan. Jika dilihat kepada umur pemain ini merupakan satu prospek yang baik dan selaras dengan matlamat baru Liverpool untuk membawa Pemain muda yang berkebolehan dalam squad Liverpool. Dikatakan juga bahawa pemain ini pilihan kedua jika The Reds tidak dapat membawa penyerang As roma iaitu Mirko Vucinic.


Charlie Adam


Khabarnya Roy berminat untuk mendapatakan berminat untuk mendapatkan Midfield dari Blackpool yang pernah mengalahkan kita(Liverpool) pada perlawanan dalam kempen Liga Perdana. Dan harga yang ditawarkan adalah sekitar £ 9juta

Pemain yang sebelum ini bermain di Rangers ini telah menjaringkan 16 gol dalam 58 penampilan untuk pasukan yang mengelarkan diri mereka sebagai The Seasiders. Jika spekulasi ini benar, sebenarnya Reds mampu membawa pemain ini kerana pemain ini dikatakan merasa tidak puas hati dengan pihak Blackpool kerana masalah pembayaran Bonos yang belum dibayar oleh pasukan tersebut.

Semasa bermain di Blackpool Charlie Adam telah menjaringkan sebanyak 18 gol dalam 51 penampilan di Bloomfield Road yang merupakan stadium rasmi pasukan tersebut.


Lisandro Lopez

Pemain kelahiran Argentina ini merupakan salah seorang pemain yang dikatakan pemain yang di spekulasikan akan menyertai The Reds pada musim perpindahan Januari akan datang. Pemain ini kini bermain di Lyon dan bermain di posisi Winger Striker. Hal ini dilakukan oleh Roy adalah untuk mengurangkan beban yang permainan yang padat yang perlu dilalui oleh Torres. Dan mungkin permain ini pemain yang terbaik untuk mengantikan El-nino jika dia tidak dapat diturunkan.

Sebelum menyertai Lyon, pemain ini bermain di Porto dari 2005–2009 dan telah menjaringkan 49 gol dalam 109 penampilan. Setakat ini di Lyon pemain ini muncul 39 penampilan untuk Lyon dan menjaringkan 18 gol sejak 2009.

Mirko Vucinic


Salah pemain yang dicari untuk mengantikan Torres jika dia tidak beraksi. Khabarnya harga yang ditawarkan sekitar £ 13 juta walaupun kontrak di Roma sehingga 2013, dikatakan bahawa ingin berpindah dari pasukan itu kerana hubungan tegangnya dengan pengurus kelab tersebut yang disebabkan oleh tidak berpuas hati apabila dikeluarkan secara paksa oleh pengurus tersebut semasa menentang parma minggu lepas.

Tetapi jika dilihat kepada umur pemain ini, adalah tidak sesuai dengan matlamat baru Liverpool untuk mencari pemain muda untuk dibawa ke Anfild. Hal ini adalah pemilik Kita(Liverpool) john henry mengatakan dalam proses perpindahan seharusnya Liverpool membeli pemain muda yang sedang meningkat naik prestasinya.

Kini pemain kelahiran Yugoslavia telah menjaringkan 53 gol untuk (The Yellow-Reds) dalam 121 penampilan untuk kelab yang berpengkalan di bandar Rome ini.



Fabio Coentrao dan Oscar Cardozo.

Oscar Cardozo

Dengan harga sekitar £22 juta untuk kedua pemain yang kini beraksi bermain di pasukan Benfica

Pada usia berumur 22 tahun Fábio Coentrão tampak sesuai dengan prospek pembangunan baru Liverpool yang mahu membawa pemain muda namun tidak lupa juga kepada Óscar Cardozo yang menjaringkan 61 gol dalam 90 penampilan untuk Benfica. Jika anda semua masih ingat pada perlawanan liga Europa musim lepas, dimana Cardozo juga telah menjaringkan 2 gol semasa The Reds menentang Benfica dalam perlawanan peringkat suku akhir.


Fabio Coentrao
Diharapkan kedua pemain ini akan menyertai Liverpool pada musim perpindahan januari ini dan
Seterusnya menaikkan nama Liverpool.



comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger