MATCH Preview BPL (Bolton vs Liverpool)




Bobdaron.blogspot.com--Pada hari minggu ini sekali lagi kita akan melihat pasukan kesayangan kita beraksi dalam kempen Liga perdana. Pada perlawanan kali ini kita akan menentang Bolton di Reebok Stadium. Jika dilihat pada statistik perlawanan semasa Liverpool kalah di Reeboktidak pernah kalah sejak 02/03/08. Kekalahan terakhir adalah pada 30/09/06 dimana pada masa itu kita(Liverpool) kecundang dengan jaringan 0-2.

Pada perlawanan kali ini akan menyaksikan bagaimana Liverpool mahu mengejar kemenangan ketiga untuk musim ini. Kemenangan ini amat penting kepada Liverpool kerana hanya dengan kemenangan ini sahaja akan memberikan tiga mata berharga untuk mengeluarkan Liverpool dalam kelompok penyingkiran liga.

Jika dilihat pada perlawanan sebelum ini yang dilalui oleh Bolton sebelum ini, pasukan yang menggelarkan diri mereka sebagai The Trotters ini hanya seri dengan Wigan dengan jaringan 1-1. Manakala seperti yang kita tahu The reds menang semasa menentang Blackburn dengan jaringan 2-1.

Pada pendapat saya(penulis) Perlawanan kali ini akan menyaksikan bahawa kedua-kedua pasukan mahu mendapat kemenangan untuk mengukuhkan kedudukan mereka dalam tangga Liga. Terutama squad bimbingan Roy Hodgson yang mahu membuktikan bahawa Kita(Liverpool) kini kembali mengganas dan kembali mendapat kemenangan setalah permulaan yang mengecewakan kepada kita semua. Pada perlawanan ini juga akan menyaksikan Torres mahu bangkit setelah mendapat semula sentuhan gol nya semasa perlawanan Blackburn yang lepas. Kuyt dan Agger dijangka tidak akan diturunkan dalam perlawanan ini kerana masih berlumba untuk memulihkan kecederaan yang dialami.

Diharapkan pada perlawanan ke 10 dalam liga perdana pasukan kesayangan kita ini akan menang dan sekaligus menepis segala tomahan yang dilemparkan kepada kita semua. Saya yakin bahawa kita akan memperolehi kemenangan dan membuktikan Liverpool sudah bangkit. Diharapkan juga kepada semua rakan penyokong sama menyokong pasukan yang kita cintai ini sesungguhnya Liverpool memerlukan anda semua. Sekina dari saya. Darion Daron)

Barisan jangkaan

Liverpool ( 4-2-3-1): Reina; Johnson, Kyrgiakos, Skrtel, Carragher; Meireles,Maxi, Jovanovic, Gerrard, Cole; Torres.

Bolton ( 4-4-2): Jaaskelainen; Steinsson, Cahill, Knight, Robinson; Lee, Holden, Muamba, Petrov; Elmander, K Davies.


Jangkaan mengenai perlawanan ini

1.Torres dijangka akan menjaringkan kerana yang mahu bangkit kembali setelah menjaringkan gol pada perlawanan lepas.
2.Jika Kyrgiakos beraksi, akan memberikan kelebihan kepada Liverpool untuk menjaringakn gol semasa side piece mahu sepakan sudut.
3.Bahagian Midfield Liverpool perlu memberikan banyak hantaran kepada toress untuk meningkatkan peluang untuk dia menjaringkan gol pada perlawanan ini.
4. Pertahanan Liverpool perlu mengawal Johan Elmander kerana pemain ini merupakan penjaring terbanyak untuk Bolton iaitu dengan 5 gol
5.Pemain dijangka akan merbahayakan kubu Liverpool Martin Petrov dan Chung-Yong Lee. Merupakan midfield yang banyak mencipta peluang untuk membolehkan gol tercipta.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger