Samuel L. Jackson Pertempuran untuk menyingkirkan pemilik Liverpool Tom Hicks dan George Gillet dari kekuasaan yang membinasakan Liverpool. Dengan kerjasama produser dan pengarah terkenal Mike Jefferies, yang akan membuat filem pendek yang bertujuan untuk menyingkirkan pemilik Amerika tersebut daripada terus membinasakan Liverpool.
Menurut sumber BBC Sports, Spirit of Shankley, Share Liverpool, Kop Faithful, dan seluruh laman web kelab yang berkaitan dengan Liverpool secara tidak rasmi telah bergabung untuk menyatakan ketidaksetujuan mereka berkenaan hal pemilikan Hicks dan Gillett.
Kerjasama mereka semua ini bertujuan untuk menyatakan kebencian mereka dan mereka juga bersedia untuk berkongsi maklumat untuk memastikan orang berpengaruh seperti Blackstone, Stephen Schwarzman menyedari tahap kemarahan dan kebencian penggemar Liverpool kepada Hicks dan Gillett. Gabungan penyokong Liverpool ini juga akan menentang setiap bantuan kewangan yang mungkin ditawarkan kepada dua orang pemilik Amarika ini. Dengan hal ini berjaya disekat maka ini akan menyukarkan pendekatan Hicks untuk membuat penstrukturan hutang di Liverpool seterusnya membolehkan dia kembali berkuasa sebagai pemilik Liverpool.
Mike MyersMike Jefferies dan Dan Hubbard yang merupakan pengemar Liverpool dan sebelum ini telah berkerjasama semasa menghasilkan filem pecah panggung "
The Bourne Ultimatum" akan berkerjasama untuk menghasilkan filem pendek yang akan di upload kan ke Internet @ you tube pada hari Selasa minggu depan. Dalam filem ini dijangka akan mengandungi mesej dari selebriti Hollywood dan peminat dan penyokong Liverpool untuk menyampaikan tanda protest mereka kepada kepada Tom Hicks dan Gillett.
Mike Jefferies, penerbit filem dan Fan Liverpool Antara Selebriti Hollywood yang terlibat dalam filem pendek ini adalah Mike Myers dan Samuel L. Jackson dan gabungan penyokong Liverpool yang berada disana.
Tambah Mike Jefferies yang merupakan penerbit filem goal ini lagi....
Pembikinan filem pendek ini akan berlangsung pada Liverpool City Centre di Hope Street Hotel, sabtu 10 pagi hingga 6 petang , dan pada hari ahad dari jam 9 pagi sampai tengah hari sebelum Liverpool menentang Blackpool pada perlawanan kempen Liga Premier. Semakin banyak penyokong Liverpool yang boleh hadir untuk menyokong pembuatan filem ini lebih baik kerana ia akan memeriahkan lagi pembikinan filem pendek yang bersejarah ini.
Pada pendapat saya ( penulis) betapa kental dan membara semangat penyokong Liverpool di serang laut sana. Inilah yang kita mahu tunjukan pada pemilik Liverpool “Hicks dan Gillett” supaya mengundurkan diri daripada terus membinasakan Liverpool. Walaupun kita tidak dapat datang ke sana untuk menunjukkan kesetiaan kita pada Liverpool, bagi kita yang di Malaysia ini apa yang boleh kita lakukan untuk Liverpool pada ketika ini adalah sentiasa dan terus menyokong Liverpool dan jangan lah menjadi “bak lalang yang mudah beralih ke kanan dan ke kiri” dan jadilah penyokong yang setia dan saya pasti sedikit masa lagi pasti pasukan kesayangan kita ini akan bangkit untuk terus berdiri megah sebagai pasukan yang disegani dalam Eropah. Akhir kata dari saya You'll Never Walk Alone serta terus sokong, sokong, sokong dan sokong.
Dan Jadilah moto ini sebagai ingatan LIVERPOOL ,THE REDS, THE KOP DaHulu kInI dAN selaMAnYa
0 comments:
Post a Comment