WARTA BLOG:Dilema roy...



Bos Liverpool Roy Hodgson sedang dalam dilema untuk mengisi bahagian pertahanan kiri, hal ini kerana ketiga –tiga permain yang boleh bermain di posisi ini sedang bergelut dalam kecederaan. Pemain tersebut adalah Daniel Agger (kecederaan peha), Paul Konchesky(hamstring), Fabio Aurelio(belum pulih sepenuhnya).

Ditambah dengan keadaan Martin Kelly yang juga mengalami kecederaan semasa perlawanan menentang FC Utrecht pada kempen Piala Eroupa. Perkara ini sekaligus membuat tiada pemain yang benar berkemampuan untuk berada di posisi ini semasa perlawanan menentang Blackpool pada hari ahad ini.

Pilihan yang boleh dibuat oleh Roy adalah menurunkan pemain Jack Robinson pemain yang berusia 17 tahun, tetapi risikonya terlalu tinggi kerana pemain ini tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk bermain di kempen BPL.


Adakah Jack Robinson akan diturunkan


Dan berita lain yang dipetik daripada LiverpoolTV berbunyi .....

Jamie Carragher yakin Liverpool boleh membuat langkah besar di bawah Roy Hodgson tetapi menegaskan penyokong harus tetap bersabar.berikutan kata pertahanan berpengalaman Liverpool ini Jamie merasa terlalu awal membuat penilaian terhadap The reds

"Saya tahu semua orang berfikir bahawa apabila pasukan mendapatkan pengurus baru, pasukan akan menang setiap minggu tapi kita harus lihat pada musim pertama Gerard Houllier Liverpool menamatkan musim pada tangga ketujuh dan di Rafa kami berada pada tangga kelima.

Dan pada pendapat saya (penulis) memang benar apa yang cuba disampaikan oleh penolong kapten Liverpool. Tetapi dari masa ke semasa corak permainan Liverpool mestilah bertambah baik, tetapi jika kita lihat pada perlawanan sebelum- sebelum ini corak permainan semakin lama semakin tidak bermaya dan inilah perlu diubah oleh Roy. Jika dilihat pada perlawanan menentang
Manchester United walaupun Liverpool kalah tetapi penyokong berasa puas kerana corak pemainan yang menarik. Perubahan inilah yang perlu diperbaiki oleh Roy untuk mengembalikan maruah Liverpool yang semakin tercemar dan semakin dipandang remeh oleh pasukan lawan .
Akhir kata salam NYWA
dari saya "Darion Daron"



comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger