MATCH Preview: Liverpool vs Blackpool



Malam ahad ini Liverpool akan melayan kunjungan Blackpool di Anfield, jika dilihat pada rekod perlawanan dalam kempen liga (BPL) sebenarnya Blackpool tidak pernah menang dengan mana-mana pasukan dimana keputusan yang terbaik pernah dicapai oleh mereka adalah seri 2-2 dengan Fulham pada 28.8.2010. Dari sudut sejarah dan statistik perlawanan dengan Liverpool, kali terakhir The Reds menentang Blackpool adalah pada Januari 1971 dimana keputusan seri dicapai dengan jaringan seri 2-2 serta perngurus pada ketika itu adalah Bill Shankly.

Pada perlawanan diharapkan Liverpool dapat menang dengan bergaya kerana perlawanan ini juga menunjukkan apakah janji Roy sebagai bos besar Liverpool untuk menjanjikan tempat ke liga Juara-Juara pada musim depan. Saya pasti penyokong Liverpool semua ingin melihat prestasi Liverpool kembali memuncak dan kembali mendapat kemenangan setelah pada minggu lepas kita hanya seri dengan Sunderland. Serta pastinya dalam perlawanan ini Toress dan kapten kesayangan Kita akan bermain setelah dia direhat pada perlawanan menentang Utrecht dalam kempen Piala Europa .


Dalam perlawanan ini , Roy dijangka akan mengalami sedikit masalah percaturan dimana posisi pertahanan kiri tiada yang benar- benar layak untuk mengisi posisi tersebut, hal ini adalah kerana Paul Konchesky, Daniel Agger, Aurelio dan Martin Kelly, berada keadaan cedera dan tidak cergas ini pastinya amat merisaukan kita. Akhir kata Salam NYWA dari dari saya.
Maklumat perlawanan
Liverpool v Blackpool

Tempat: Anfiled

Pengadil: Mike Jones
Penolong pengadil : John Flynn & Patrick Keane
Pengadil keempat: Phil Dowd

Barisan kemungkinan Liverpool:Reina, Johnson, Carragher, Skrtel, , Poulsen Jack Robinson, Gerrard, Kuyt, Meireles, Cole, Torres .(4-1-3-2)
Barisan kemungkinan Blackpool: Gilks, Eardley, Evatt, Cathcart, Crainey, Vaughan, Adam, Taylor-Fletcher, Campbell, Harewood, Ormerod.(4-3-3)

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger