Ryan Giggs pernah membenci Liverpool


Pemain veteran Manchester United Ryan Giggs, mengaku dia dahulunya pernah membenci Liverpool pada permulaan kedatangannya dalam pasukan Manchester United dan ini berlaku pada usianya muda dahulu.
Tambahnya lagi….

Hal ini adalah disebabkan oleh persaingan sengit antara Liverpool dan United yang pada waktu itu Liverpool merupakan pasukan tidak terkalah dengan memegang rekod liga perdana Inggris sebanyak 18, yang pada masa sekarang united berkongsi gelaran tersebut sebanyak 18 kali kemenangan.Giggs memulakan peranannya sebagai pemaian profesional bersama united ketika usianya berumur 17 tahun pada 29 November 1990 yang pada masa tersebut Liverpool sedang mendominasi Liga perdana pada waktu itu.

Pada usianya sekarang yang dalam lingkungan 36 tahun, Giggs juga telah 11 kali meraih gelaran gelaran liga perdana serta sudah tampil dalam perlawanan sebanyak 594 kali tampil dan menjaringkan 109 gol untuk united.

Pada pendapat saya (penulis) sebenarnya pada masa sekarang juga Giggs masih lagi takut dengan ancaman Liverpool yang kita sayangi ini, hal ini kerana walupun pada masa sekarang Liverpool masih belum mencapai prestasi terbaiknya, mungkin jika pertukaran hak milik berjaya dengan kemasukan NESV ke dalam tampuk kepimpinan Liverpool akan mengembalikan Liverpool ke zaman pada era 90an seperti yang dikatakan oleh Giggs “ saya membenci Liverpool kerana Liverpool merupakan pasukan yang digeruni “.Kepada rakan penyokong Liverpool sabarlah dan saya pasti waktu tersebut pasti akan tiba Cuma masa dan ketikanya tidak diketahui.

comment 2 comments:

RABUN on October 10, 2010 at 11:10 AM said...

suka zaman Giggs vs Mc Mannaman he he

kuasa wang juga memain peranan zaman skang ni....

Darion Daron said...

betul 2 sokong....

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger