Liverpool tidak akan menjadi seperti Red Sox dibawah pimpinan Henry John



Salam sejartera dan selamat membaca komen dan pendapat ini, diharapkan sesiapa yang tidak bersetuju dengan apa yang ingin saya tuliskan dalam artikel ini, saya dahulukan dengan ucapan maaf, kerana ini hanyalah semata-mata untuk memberikan pendapat dan pandangan dari sesorang yang bergelar penyokong Liverpool di malaysia.

Sekarang dengan rasminya kita semua telah mengetahui mengenai berita bahawa pihak liga perdana telah memberikan lampu hijau kepada New England Sukan Venture (NESV) untuk meneruskan urusan proses pembelian liverpool dan kita sebagi penyokong Liverpool sudah pasti tidak dapat memyembunyikan kegembiraan kita apabila mendengar berita ini. Tetapi jangan dilupakan dengan berita tidak sedap didengar mengenai tindakan tidak bermoral oleh dua orang sahabat warga amarika iaitu Tom Hicks dan George Gillet, yang mahu membawa dan sekaligus menghalang proses pengambilalihan ini. Menerut sumber mengatakan bahawa salah satu sebab mengapa dua orang sahabat ini mengambil tindakan ini adalah kerana mereka merasakan harga yang ditawarkan oleh NESV adalah terlalu rendah dan mereka tidak akan mendapat untung yang banyak dalam pengambilalihan ini.

Kita telah banyak mendengar khabar baik berkenaan NESV ini, dimana mereka telah terbukti berjaya menjadi pemilik dan pengendali sukan berjaya, terutama apabila bercakap mengenai Boston Red Sox pasukan yang bermain di Major League Baseball. Disamping itu Syarikat ini juga memiliki beberapa pelaburan lain di New England Sports Networks (syarikat penyiaran sukan), NESN, Fenway Park serta pemilikan 50 peratus saham dalam Roush Racing, pasukan yang menyertai liga lumba kereta NASCAR yang merupakan salah satu liga lumba kereta terbaik di dunia.

Hal ini tanpa diragukan lagi bahawa pengambilalihan syarikat di Liverpool sememangnya salah satu langkah terbaik yang diambil oleh pengurusan tertinggi Liverpool. Sejak tahun 2002, Red Sox telah memenangi dua kejuaran liga.NESV juga telah menerima pelbagai anugerah berkaitan dalam bidang sukan termasuk anugerah Pengusan terbaik di Major League Baseball oleh Sports Illustrated. Mungkin anda semua berharap Liverpool dan Red Sox mempunyai banyak persamaan. Kedua gelanggang mempunyai banyak sejarah dan kaya dengan tradisi serta penuh dengan peminat. Stadium Fenway Park dan Stadium Anfield sememangnya bukan gelanggang yang moden dan canggih dan tidak setanding dengan Stadium Yankee dan Emirates Stadium.

Persoalan pertama adakah John Henry akan membina stadium baru untuk Liverpool?

Dan jawapannya adalah tidak. Berdasarkan pada gaya pengurusan John Henry, dia tidak akan membuat perubahan drastik seperti pembangunan stadium baru kerana yang penting adalah pembangunan dari aspek pembangunan prestasi pasukan dan pembangunan pemain yang bermain dalam pasukan. Sebaliknya, kebiasaannya dia akan membuat pelaburan yang tepat selaras dengan keputusan perniagaan yang mampu mengembalikan Liverpool selaku gergasi antara pasukan bola sepak di Eropah

Persoalan kedua adakah Liverpool mempunayi haluan yang sama dengan Red Sox?

Dan jawapan adalah tidak. Perlu diketahui bahawa John Henry mempunyai syarikat NESN yang merupakan syarikat yang berteraskan saluran penyiaran yang menyiarkan perlawanan untuk pasukan Boston Red Sox, serta Fenway park adalah stadium milik pasukan Red Sox Stadium. Mari kita lihat hubungan link antara NESN, Fenway Park dan Boston Red Sox ini.

Jika Red Sox menang, NESN mendapatkan lebih banyak penonton, dan lebih banyak orang pergi ke Fenway Park Stadium. Pada dasarnya, ketika John Henry melakukan penanaman modal yang membantu Red Sox untuk menang dia sekaligus mendapat keuntungan bagi ketiga firma dibawah kawalannya.

Tetapi di Liverpool tidak mempunyai saluran penyiaran seperti dimiliki Red Sox. Namun jangan anda semua risau John Henry seorangyang berpikiran panjang dan jauh yang sentiasa mengeluarkan rancangan terbaik untuk Liverpool. Dia tidak akan tertarik untuk membeli kelab ini jika ia tidak melihat potensi kuat untuk mendapat keuntungan dan sekaligus akan membangunkan kembali Liverpool kearah jalan kecermelangan secara tidak langsung. Dan menurut sumber daripada mail online yang mengatakan bahawa langkah pertama yang dilakukan oleh John Henry berjumpa dengan Gerrard, Torres & Reina secara tertutup untuk berbincang mengenai masalah pasukan dan inilah yang perlu dilakukan oleh seseorang pemilik untuk membangunkan pasukan miliknya dan saya pasti perkara ini tidak akan dilakukan oleh Tom Hicks dan George Gillet yang hanya mementingkan keuntungan semata-mata tanpa memikirkan prestasi pasukan.

Sebagai penyokong Liverpool seharusnya bergembira dengan jika kemasukan John Henry ke tampuk pimpinan Liverpool. Dan apa yang kita boleh lakukan adalah dengan bersabar dan percaya dengan kepimpinan dia yang saya pasti akan membawa sinar kegemilangan kepada Liverpool. Mungkin perkara ini tidak akan berlaku pada musim ini, tetapi setidaknya kehadiranya akan menjadi lebih baik daripada Tom Hicks dan George Gillet yang telah menjatuhkan maruah Liverpool selama mereka berada di Liverpool selama ini.

Sebelum saya tamatkan penulisan ini saya tinggalkan persoalan untuk sama-sama kita renungkan bersama. Dan persoalannya berbunyi kita telah menunggu 20 tahun untuk mendapat gelaran juara liga (BPL), apakah kita sanggup menunggu selama lima tahun lagi lagi untuk mendapatkanya? Renungkan lah dan pikir-pikir kan lah. Sekian salam You'll Never Walk Alone dari saya.


comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger