Pihak Liga Premier telah memberi lampu hijau ke New England Sukan Venture (NESV) untuk meneruskan hajat mereka dalam tawaran pengambilalihan mereka dari Liverpool. Dengan kelulusan ini akan memudahkan pihak NESV untuk meneruskan pelan peniagaan mereka untuk mengambil alih tampok pengurusan Liverpool kini, manakala Tom Hicks dan George Gillet masih menerusakan ambisi tidak baik mereka untuk membawa kes pengambilalihan ini kepada mahkamah tinggi, hal ini adalah disebabkan mereka tidak setuju dengan perjanjian pengambilalihan ini yang berharga sekitar £ 300 juta dan mereka mahu menjual Liverpool dengan harga yang lebih tinggi daripada harga yang dipersetujui oleh lembaga pengurusan tertinggi Liverpool.
Disini terdapat juga berita tidak baik untuk didengar oleh kita semua, dimana menurut sumber mengatakan jika pengambilalihan tidak berjaya dicapai selewatnya pada Jumaat depan. Maka Royal Bank of Scotland (RBS) boleh meletakkan Kop Holdings sebagai syarikat yang dimiliki oleh Hicks dan Gillet dan ini akan mengakibatkan kop Holdings tidak berjaya membayar hutang mereka sebanyak £ 280 juta dan sekaligus memuatkan mereka terpaksa membayar denda penalti atas kelewatan pembayaran hutang tersebut.
Serta pihak Liga Premier juga akan mengenakan tindakan kepada Liverpool, dimana Liverpool akan dikenakan dengan memotong 9 mata. Bayangkan lah jika ini terjadi sudah pastinya kita akan menghuni tempat tercorot dalam tangga liga BPL. Dan harapan saya semoga pihal pengurusan tertinggi Liverpool akan menyelesaikan hal ini dengan secepat mungkin untuk mengelakkan hal ini berlaku.
0 comments:
Post a Comment