Mengenai Kuyt, Johnson dan Meireles



BOBDARON.BLOGPOT.COM-Dirk Kuyt mengalami pemulihan yang pantas apabila dia dijangka akan boleh berada pada tahap cergas dalam masa seminggu lagi. Hal ini sekaligus telah melegakan Roy Hodgson dan beliau berharap agar Kuyt akan boleh beraksi pada perlawanan menentang Chelsea pada minggu hadapan.

Menurut sumber daripada Liverpoolfc.tv berkata bahawa pada 15 Oktober lepas bahawa pemain antarabangsa Belanda ini memerlukan masa selama sebulan untuk kembali pulih, tetapi ternyata bahawa semanagat untuk beraksi untuk Liverpool meningkatkan semangatnya untuk pulih dengan pantas.

Sementara itu keadaan Glen Johnson masih berada pada tahap keraguan untuk membolehkan dia diturunkan semasa perlawanan menentang Bolton pada hari minggu ini. Hal ini adalah kerana dia masih belum cergas dengan sepenuhnya.

Dalam penyataan lain daripada Liverpoolfc.tv juga menyatakan bahawa pengurus Liverpool iaitu Roy Hodgson yakin bahawa Raul Meireles akan menjaringakan gol sedikit masa lagi diatas segala kerja kerasnya untuk The Reds.

Tambah Roy lagi...

Pemain yang memakai jersey no 4 Liverpool ini sememangnya terbaik dan berkebolehan, Cuma hanya masa sahaja yang menentukan bila dia akan menjaringkan untuk pasukan ini.saya juga yakin bahawa pemain ini mempunyai masa depan yang cerah di pasukan ini”

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger