Lupakan pasal Reina


Pengurus Liverpool Roy Hodgson telah memberi amaran kepada Manchester United bahawa kiper Pepe Reina tidak untuk dijual. Hal ini dinyatakan kepada pengurus United Sir Alex Ferguson yang dikatakan berminat untuk pemain Sepanyol yang berusia 28 tahun ini

"Kami (liverpool) tidak akan menjual Reina kerana Dia adalah pemain yang penting dalam pasukan ini"

Reina bergabung dengan Liverpool dari Villarreal pada harga £6juta pada bulan Julai 2005 dan telah membuat 271 penampilan dalam lima musim di Anfield.

hal ini adalah tidak mungkin keranan Reina baru sahaja menambah Kontraknya pada April di Liverpool yang melayakkan dia adalah milik Liverpool sehingga 2016. Laporan mengatakan bahawa langkah ini diambil kerana untuk mencari calon yang benar-benar layak untuk mengantikan penjaga gol United Edwin van der Sar yang akan bersara pada akhir musim ini.

Tambah Roy lagi...

Hal ini adalah satu kisah yang pasti tidak akan berlaku, kerana Reina hebat di Liverpool, kami memerlukannya lebih dari segalanya dalam pasukan ini, kerana dia adalah pemain tunjang dalam pasukan ini.

Pada pendapat saya (penulis), perkara sebegini tidak akan terjadi. Dan saya yakin bahawa Reina tidak akan berpindah dan tidak akan tertarik dengan tawaran Ferguson tersebut. Dengan spekulasi yang kita dengar ini sekaligus membuktikan pepe Reina adalah salah satu penjaga gol yang berkaliber dan berwibawa dan seharusnya kita percaya kepadanya.

Fakta mengenai Reina
1.Kini berumur 28 dilahirkan 31 August 1982
2.Sebelum menyertai Liverpool beliau bermain untuk Villarreal sebanyak 109 penampilan, dan menyeratai Liverpool pada tahun 2005 untuk mengantikan Jerzy Dudek yang merupakan watak besar dalam perlawanan final liga juara-juara pada tahun 2005.
3.Pernah mendapat anugerah Premier League’s Golden Glove pada tahun 2007 dimana pada ketika itu beliau tidak bolos selama 19 perlawanan untuk musim 06/07.
4.Dia juga merupakan penjaga gol kedua sepanyol yang beraksi pada piala dunia 2010 yang lepas.

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger