MATCH Review -( Liverpool 2-1 Blackburn )



Kemenangan yang mengembalikan senyuman kita penyokong Liverpool semua, walaupun hanya menang tipis dengan 2-1. Ternyta kemenangan ini mengembalikan semangat semua pemain Liverpool. Dengan pemainan pada separuh masa pertama hanya berkesudahan tanpa jaringan tetapi pada separuh masa kedua Liverpool kembali bangkit mengawal setiap sudut padang dan akhirnya sekali lagi Sotirios Kyrgiakos berjaya gol pertama Liverpool setelah memanfaatkan hantaran dari kapten kesayangan kita Steven Gerrard pada minit ke 48.

Bagaimana pun pada minit ke 51 kesilapan yang tidak disengajakan oleh Jamie Carragher dimana dia menjaringkan gol sendiri. Tersentak dengan gol tersebut, ternyta Liverpool tidak mahu mengaku kalah dan terus kembali menyerang dan terus mengawal setiap sudut pada. Dan pada minit ke 53. Iaitu hasil daripada umpanan dari Joe Cole, akhirnya Torres berjaya menjaringkan gol untuk menewaskan penjaga gol Blackburn iaitu Paul Robinson yang Unik mengenai perlawanan ini adalah masa gol yang dijaringkan oleh Torees pada perlawanan ini adalah sama semasa dia menjaringkan gol semasa menentang West Bromwich juga tercipta di minit ke-53.

akhirnya El-nino menamatkan kemarau gol selama 540 minit

Dalam perlawanan ini juga menunjukan banyak berubahan yang berlaku dalam aspek permainan yang dipersembahkan oleh Liverpool, dimana caya permainan telah berubah kepada cara yang lebih bertumpu kepada serangan dan boleh dilihat banyak serangan dilakukan dan banyak peluang untuk menjaringkan. Akhirkata selamat maju jaya Liverpool dan diharapkan kita akan menang juga pada perlawanan akan datang semasa menentang Bolton pada 31 oktober mendatang.

MATCH STATISTICS

Possession 57:43

Shots off target 7:3

Shots on target 8:1

Corners 15:4

Passing Success (%) 72:68


comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger