Liverpool mahu mendapatkan Ashley Young



Menurut sumber laporan daripada Goal.com berkata bahawa kini Liverpool dan Tottenham Hotspur bersiap sedia untuk mendapatkan tanda tangan pemain sayap Aston Villa iaitu Ashley Young. Dan hal ini akan berlaku jika bintang Inggeris tersebut menolak untuk menandatangani kontrak baru dengan Aston Villa.

Liverpool bos Roy Hodgson bersedia untuk membuka kontrak baru kepada Young dan dilaporkan bahawa pemain ini merupakan target utama Roy di musim perpindahan Januari akan datang.

The Reds akan diberikan perbelanjaan oleh NESV sekitar £ 30 juta, dan Hodgson sangat ingin menambah sekurang-kurangnya dua pemain untuk memperkuatkan pasukan pada ketika ini, dan harga yang dijangka untuk Young sekitar £ 14 juta. Namun, pengurus Aston Villa iaitu Gerard Houllier masih berharap Young akan tinggal di Midlands.


fakta mengenai Ashley Young

1.Pada 12 October 2010 lepas semasa England menentang Montenegro Ashley Young membuat penampilan sulung nya untuk squad senior kebangsaan, semasa kempen kelayakan Euro 2012
2.Dilahirkan pada 9 July 1985 dan kini berumur 25
3.Telah menjaringkan 24 gol untuk Aston Villa dalam 131 penampilan

comment 0 comments:

Post a Comment

 
© LIVERPOOL selaMAnYa | Design by Blog template in collaboration with Concert Tickets, and Menopause symptoms
Powered by Blogger